My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Friday, October 23, 2009

.....

Rasanya dah lama sgt tidak menulis di blog, terlalu banyak perkara yang terjadi semenjak dua ni, ditambah lagi dgn kerja yang tidak putus-putus..Alhamdulillah, semalam telah selesai viva for my first year, dah boleh convert dari MPil ke PhD....alhamdulillah, alhamdulillah....sekarang masa untuk menyelesaikan beberapa perkara yang lain dan harapnya tahun 2010 memberi harapan baru pada kehidupan saya di sini....tidak mahu bersedih lagi...perlu berusaha untuk PhD ini dgn bersungguh-sungguh...cabaran kehidupan di sini ada kalanya membuatkan diri terasa diri begitu rapuh dan mahu sahaja balik ke kampung halaman di malaysia, tapi apakan daya....ruang masa begitu tidak mengizinkan, begitu mengharapkan kehadiran suami tercinta disini, memberi sokongan moral untuk terus berjuang, tetapi memahami, banyak benda yang perlu dipertimbangkan...........azam dikala menjelang tahun baru ini, tabahkan hati, berusaha untuk terus berjuang hingga ke saat yang terakhir demi meggenggam gelaran doktor di suatu hari nanti.....selalu mengingatkan diri sendiri, 2 tahun tidak lama, setahun sudahpun hampir berlalu...mahu pulang ke malaysia dan bersama keluarga dan suami tercinta...semoga disuatu hari nanti, saya boleh bercerita kepada semua pengalaman kehidupan di sini dengan senyuman yang terukir di bibir....InsyaAllah...

Sunday, October 4, 2009

Dan perpisahan itu terjadi lagi......


Tepat jam 6.10 petang tadi suamiku telah selamat pulang ke Malaysia....kami berpisah buat kali yang kedua...sayu sungguh rasa di hati bila tiada yang menyambutku pulang sebaik tiba di rumah....tetapi hati perlu kuat kerana perjuangan ini masih belum selesai....terasa saja mahu pulang bersama-sama ke malaysia tetapi apakan daya, masa sgt mencemburuiku...terima kasih abang kerana menemani sayang sepanjang tiga minggu ni...sayang rindu abg sgt....:((