My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Sunday, June 6, 2010

---- Our First Anniversary ----

6.6.2010....
genap setahun usia perkahwinan kami....
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dipanjangkan jodoh sehingga ke hari ini.....
bercinta dua benua ini bukan senang seperti yang dibayangkan....
dan bercinta sambil berjihad menuntut ilmu Allah ini pastinya menuntut pengorbanan yang sgt besar.....
tetapi Alhamdullilah, berkat cinta kami kepadaNya, kami melalui liku2 perjuangan ini dengan hati yang cekal dan tabah, dengan kasih sayang tidak bertepi dan semangat yang kental...
kalau nak dikira....rasanya terlalu sedikit masa kami bersama....
tetapi alhamdulillah, kerana itu...setiap detik bersama kami dihargai dengan sepenuhnya...

buat suami tercinta, Saipol Barin bin Ramli...selamat ulang tahun yang pertama.....
maafkan sayang kerana tidak dapat bersama-sama abg di ketika ini....
sayang doakan abang sentiasa cekal, kuat dan tabah menghadapi segala-galanya.....
semoga ikatan kasih yang terbina ini berkekalan ke syurga, insyaAllah, insyaAllah...

Ya Allah,

Jadikan kami pasangan suami isteri yang paling bahagia...
Jauhkan kami dari segala sengketa...
Jadikan kami suami dan isteri yang soleh dan solehah, anak menantu yang soleh dan solehah dan kurniakanlah kami anak2 yang soleh dan solehah...
Lindungilah keluarga kami Ya Allah..Jauhkan mereka dari malapetaka dan hasad dengki manusia....
Dan semoga cinta yang bersemi ini membawa kami ke syurgaMu Ya Allah....
Amin....


Wit lots of love, hugs and kisses.....
Mr Saipol Barin's cute wifey...Puan Maya Chomel!