My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Thursday, December 25, 2008

Hana Humaira Kesayanganku


Si cheeky Hana Humaira...nak terkam kat camera la tu

ngan ayer liur melelehnye tu...tgk sape tu Hana?

Rambutku yang kerenteng bak meggi terlebih masak....

Bulu mataku yang panjang lagi melentik-lentik...

Hidungku yang kembang bak buah jambu air..hik3..sangat seswai dgn namaku, humaira si pink

Saya dah ada 2 batang gigi kat atas...yea yea.. .tapi saya sangat malas untuk berjalan sebab ramai yang suka dokong saya espeacially my hero daddy...:P

Keletah si kerinting ini pasti akan kurindui...sob sob sob.....

Tuesday, December 23, 2008

Kenduri Oh Kenduri...

Reunion adalah kisah semalam....Hari ni kami (saya dan exskoolmate) masih lagi berjumpa, tetapi ia lebih terfokus kepada nak meraikan kawan-kawan yang akan melangkah ke alam perkahwinan, satu lembaran baru dalam kehidupan. Bercakap tentang perkahwinan ini, teringat saya tentang satu email yang dihantar oleh seorang sahabat karib saya. Ingin sekali saya berkongsi coretan tersebut dengan rakan-rakan sekalian.

- Rahmat dari Allah -

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai...

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Bagi saya, artikel ini bukan saja boleh diaplikasikan dalam hal jodoh sahaja, tetapi hampir kesemua aspek dalam kehidupan. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali kita takbur, bongkak ataupun lalai dengan kesenangan yang dimiliki dan janganlah juga kita bersedih dan kesal dengan setiap kesusahan yang dihadapi....InsyaAllah, setiap satu kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri. Sesugguhnya Dia yang lebih mengetahui segalanya............. Wallahualam.....

Berbalik kepada jemputan kenduri yang dihadiri, kenduri pertama yang dikunjungi adalah di keramat AU2, majlis Shamirrudin dan pasangannya dan seterusnya berangkat ke Bukit Jelutong untuk kenduri yang kedua, majlis Shahril dan pasangannya...



Lokasi: Rumah Noor Hidayah
Aktiviti: Saya sedang mencuba kehebatan flash yang baru dibeli sambil kak dayah sibuk membetulkan tudungnya



Lokasi: Dihadapan dewan serbaguna Keramat AU2

Aktiviti: berposing-posing manja sementara menunggu Ct Raisah yang dah sesat tu..



Lokasi: Di dalam kawasan Dewan Serbaguna Keramat AU2

Aktiviti: Merakamkan gambar bakal pengantin tahun depan...Inche Jon dan Puan Lyn...depa datang amik berkat tu...baguih2...buat kenduri time aku balik mesia tau...



Lokasi: Di dalam dewan Keramat AU2....
Aktiviti: Menguji kehebatan Nikon D80 sementara menunggu pengantin tiba...banyak btul function camera ni...terima kasih buat tok-tok guru yang sudi mengajar (En. Chon dan En. Ton)



Lokasi: Meja makan pengantin

Aktiviti: Ex-smstsp bergambar bersama pengantin - apsal pengantin ni dua-dua pejam mata?


Lokasi: Di luar dewan, sebaik sahaja selesai memenuhkan perut dan bergambar dengan pengantin
Aktiviti: Shot terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Ah Ba....Kak Dayah, Cmeen, Ct ngan Clin sempat lagi pegi menjengah pakcik eskrem sebelum beredar...



Lokasi: Kenduri rumah Ah Ba di Bukit Jelutong, Shah Alam...kenduri sudahpun hampir selesai, kami adalah antara org-org yang terakhir datang menjengah ke majlis tersebut
Aktiviti: Maya dan Paret meneruskan operasi memenuhkan perut... Aksi senget ini hanya dapat dilakukan ketika sudah ramai tetamu beransur pulang...kami buat cam kenduri rumah sniri ja..


Lokasi: Masih lagi di Bukit Jelutong, Kenduri En Shahril
Aktiviti: bergambar beramai-ramai sementara menunggu pengantin habis berposing



Lokasi: Masih lagi melepak-lepak di dalam Dewan Kenduri
Aktiviti: Merakamkan kasih sayang Danish Hakimi buat mamanya



Lokasi: Masih lagi di kenduri Ah Ba
Aktiviti: Merakamkan gambar kenangan bersama geng kamceng kelas 5ST1. Kami berempat mewakili tiap-tiap satu rumah sukan - Maya (Marikh), Clin (Zuhal), Dayah (Zuhrah) and Ct Raisah (Musytari). Ketiga-tiga mereka yang lain telah berjaya menjadi arkitek (hasil dari lawatan sambil belajar ke JKR semasa sekolah dulu [credit to mat noq selaku presiden kelab kejuruteraan]+dan satu lagi, agaknya depa2 tu terkena penangan Ajih kot...huhu) manakala hanya saya seorang sahaja tersesat menjadi lecturer.... :P


Lokasi: Pelamin Pengantin
Aktiviti: Bergambar bersama pengantin sebelum beredar....

Saya sangat gembira kerana dapat bersama-sama memeriahkan lagi kenduri kawen kawan-kawan saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.....Who's next? Jeng jeng jeng.....

S.M.S.T.S.P - 10 Y.E.A.R.S R.E.U.N.I.O.N


10 years reunion banner –credit to Barracuda Studio (Chon) and Zuiichi (Paret and d’geng)


Me with the Banner

Antara yang datang awal ke majlis reunion
Dari kiri- Wana, Me, Che Own and Nuruddin, Hanis
Che Own tu my dormmate dari form 1 sampai form 5 - kami mempunyai kegemaran yang sama - menonton cerita cina....Masih ku ingat lagi setiap kali penggal skolah bukak...kami sibuk ja dok megulas cerita-cerita cina yang ditonton sewaktu cuti...dan dormmates lain pun berkata "Depa dah bukak wayang cita cina dah..."

Nuruddin diwaktu ini masih bersopan santun - 

Jon yang kunun-kunun dah kurus....bagus-bagus...keep up the good work!!
Nasib baik saya tak lentok gak kak dayah, kalau tak, sure kena pancung ngan si tudung biru itu...kikiki

Ni dah masuk brapa kali round makan daaa.....bertambah-tambah horror bg yang sampai awal (saya ngan kak dayah le tu)

Antara member-member bergossip di Syed Putra - Dayah, Che Lin and Che Meen

Ala-ala klasik black and white gitew - Kak Dayah,Maya, Wana, Cmeen,Lyn & Hanis

Standing from left – Ton Mohd Jezri, Siti Ra-isah, Yasmeen Yanti, Fairoze Salwana,Sumaiya, Noor Hidayah, Suryati,Faizlinda, Hazwani Hanis, Amir,Guna Prakash, Faeizul Azlan

Sitting from left – Ziad, Nur Asyraf, Hasrul Izham,Mohd Noor, Zaim

Tiada dalam Gambar - Khairul Nisak, Saiful Anuar

Saya budak baru belajar...

UNFORGETTABLE MOMENTS IN MY LIFE - S.E.K. M.E.N S.A.I.N.S T.U.A.N.K.U S.Y.E.D P.U.T.R.A

SMSTSP, the unforgettable moments…..di sinilah tempat saya membesar dan mengenali erti kehidupan….rakan-rakan yang tersayang, cikgu-cikgu yang amat dikasihi makcik-makcik dining hall yang bermacam-macam ragamnya, pengetua yang silih berganti, Tok Ong, Cikgu Mat Hassan, Ustaz Rashid,Pak Leh...nama-nama yang cukup sinonim dgn Syed Putra….dan segalanya bermula di sini….

Antara perkara-perkara yang paling tidak dapat dilupakan:

  • First year in school – Form 1 di SMTSP tidaklah sama dgn Form 1 di sekolah-sekolah harian yang lain…disini kami mula mengenali sistem chartered, terpaksa berhadapan dengan kakak-kakak angkat yang boleh tahan garangnya (kena nyanyi/buat iklan/berlakon nak dapat sign diorang masa minggu orentasi), kena torture malam-malam kalau buat salah, hobi baling membaling stoking busuk antara Pak Wan ngan Jon (skali tu terkena mulut sapa ntah…uwekkk…hahaha), Ustad Rashid yang sgt glamer ngan trademarknya “Jgn dok gege la banin ngan banat”, Tok Ong dan beskalnya…dan macam-macam lagi lah
  • Tidur dalam kelas – sindrom ni hanya akan dialami oleh budak-budak skolah asrama sahaja…subjek kegemaran kami adalah sejarah…hahaha
  • Form 2 yang merepek-repek….Aktiviti-aktiviti bebas sewaktu takde kelas adalah mengusyar abg-abg F5 yang setentang blok ngan kami…kahkahkah…tak matured betull…
  • Form 3 – Busy ngan PMR…rasanya start dari sini budak-budak pompuan semua batch kami baik…MA start baik ngan ZH masa tu….slalu kami lepak2 skali sementara tunggu azan maghrib
  • Form 4 – Kemasukan budak-budak F4 baru….F4 lama pun dgn taikonya mentorture budak-budak F4 baru ni…sian kat diorang, sampai rasanya half budak2 perempuan keluar….horror betul…hiks…ampunnnn…kak dayah, sib baik hang stay kan…huhu…Perintis Jaya 97 –aktiviti diwaktu honeymoon year – rasanya dari situ budak-budak perempuan dan lelaki start baik, tapi pastu F5 gaduh balik….biasa la tu…hahahaha….kalau budak lelaki dan perempuan kat syed putra tu baik,rasa  cam tak logik je….
  • Lagu Selamat Berjuang – Lagu yang sering dipasang di radio aspuri masa kami F5 dulu…syahdu tiap-tiap kali dgr lagu ni…rasa cam nak balik ramai-ramai ke syed putra, mengimbau kenangan lalu
  • Last night in school – semua girls pakat terjun tiruk dalam kolah…malam tu jugak after jamuan, we had another jamuan which was che sab nye birthday party(lokasi: tempat cermin dekat ngan telefon telesiswa). Me, if I’m not mistaken…tido bilik prefect ZU malam tu…sape lagi aaa yang tido situ? Ke semua tido situ? Forgot already, but since that was the last night, suma konon2 pakat tanak tido ni….akhirnya diriku terbabas jugak kul 5 lebih…hahaha…esoknya berlakulah drama swasta depan aspuri bila sorang demi sorang balik…..sadisnya masa tu…sob sob sob…

Sedar tak sedar, dah sepuluh tahun berlalu…dah pada 20 December 2008, kami berkumpul kembali…mengimbau saat pahit manis di sekolah tercinta, Sek Men Sains Tuanku Syed Putra…..

Monday, December 22, 2008

Syed Putra's Junior

Ct Ra-isah's Son - Danish Hakimi 

Che Own's Son - Muhammad Nuruddin

Acap's Daughter - Nur Iman Sofea

Zaim's Daughter - Shaziyya

Eriq's Son - Naufal Haziq

Mat Noq's Son - Haikal

Kak Sue's Daughter and Son - Sarah Alisya and Amirul Luqman

Hari-hari Terakhir di UMP……..

Sewaktu catatan ini dibuat, saya sudahpun berada di Awana Genting untuk menghadiri bengkel EAC. Hari ini merupakan hari terahkir saya di UMP…..Apa perasaannya? Ehemm…seronok jugak sebab takyah sibuk-sibuk nak ngajor or menyerabutkan kepala ngan akreditasi, sedih jugak sebab lepas entah bila lagi dapat jumpa kawan-kawan…nanti bila saya balik dari stadi, diorang pulak gi sambung belajar…..nervous gak sebab tak lama lagi kena jadi student balik (still wondering, camna la agaknya supervisor saya tu)…excited pun ye gak sebab lepas ni boley gi jalan-jalan..(yeahh…motivasi sambil belajar tu..huhu)…Rasanya from this moment, I feel that I’ve started missing all my frens in UMP :((….

 

– 16th December 2008 – The Farewell Lunch –


Venue: New Horizon Garden, Kuantan

Purpose of Meeting: A lunch treat with Mek Da and The Geng

Members: Rohaida Che Man (Mek Da), Siti Kholijah (Mek Ti), Siti Zubaidah (Kak Idah), Sureena (Mek Na @ Sureen), Shalyda (Syal), Nurul Aini (Yui) and Rosmawati (Kak Rosma)

 

New Horizon Garden – A very nice place – Fully recommended!! – For those yang datang kuantan and nak makan tempat best-best, sila la datang sini (ikhlas dari: maya si promoter tak berbayar :)))

Sila hubungi En Mohd Hafzan untuk keterangan lanjut...;p

 

Dan menu-menu nya adalah : Ikan Tiga Rasa, Udang Goreng Nestum, Sotong Goreng Butter, Tomyam Merah, Ayam Goreng Mangga dan Sizzling Beancurd…Delicious..Marvelous…yum yum…sedapnyaaa….

 

Dan setengah jam kemudian…..burppp…..Alhamdulillah….

 

From left: Syal, Yui, Kak Rosma, Sureen,Me, Kak Idah, Mek Da, Mek Ti…Kawan-kawanku, really gonna miss you guys…..


 

Ni gambar menyibuk: Honda City yang baru…launch January 2009….Sporty and seswai untuk kawan2ku yang berjiwa muda…beli la weh…nanti saya balik, boley la tumpang naik keta korang…huhu

 

 – 18th December 2008 – My New Room –


Inilah bilik baruku di UMP…Starting from next year, FKKSA akan berpindah ke bangunan baru…Saya pun dapat bilik jugak…bestnya…tapi dapat tengok  je la, kena tunggu lagi tiga taun baru boleh menghuni bilik tu….tapi bagus gak ada bilik baru ni…takyah la saya bawak balik buku-buku yang berkotak-kotak tu ke tg malim….dah tak ada space nak letak kat umah tu…masa barang umah sampai tg malim pun mama  dah pening-pening nak letak kat mana…..siap cakap kat saya ni “Apsal tak bawak balik satu kuantan je”…debush debush….kena skali…ampun ibu…..:)))

 

 – 19th December 2008 – Presents –


Seriously, I’m speechless!!... Really not expecting it…Sangat terharu sebenarnya…. Nyway, thank you soo much guys….Shahril aka Apek Senget, Sis Syeda, Mr. Pesa, Mrs Fahri aka Sarah Osmateku, Kak Odah aka Jiran Seblah Umah, Nasratun Si Panjang

 

 Presents yang kuterima bersempena kepeninggalan ku ini…..Yang paling touching baca kad best wishes warna ijau tu la…tiba-tiba rasa syahdu plak…pasni dah takde orang nak melayan saya merepek-repek+bergossip…kena cari rakan gossip baru plak kat Lafbeghe..apalah keadaannya kena bergosip dalam BI ni ek…hahaha……kesimpulan dan pengajaran ayat : pasni kena kurangkan aktiviti bergossip…dush dush…kui3

 

– 19th December 2008 –  A Trip to Taman Tema Genting –

 

Percaya tak yang saya tak penah naik genting masa belajar-belajar kat UPM dulu?? Saya pun heran, kenapa la saya tak ada perasaan pun nak bermain-main kat genting theme park masa undergraduate dulu….Rugi btul bila tak brapa nak adventurous masa zaman belajar-belajar dulu….;p......Anyway, sebelum fly, tercapai jugak hajat nak naik genting, tapi tak main pape pun..just gi naik sykway, kelip-kelip mata sedikit sebanyak kat atas tu, tangkap-tangkap gamba and posing lebih-lebih kurang …then gi masuk kedai Titbits and gi buat mouth tour kat suma food tester (ni le part paling menarik…hihi) and finally turun balik ke hotel….

 

Pose before naik bas nak ke Skyway….

 

Cable car yang statik secara tiba-tiba


Inside the Cable Car Skyway



Pose-pose maut di puncak genting…hahaha

 

On the way back.......

 

Thursday, December 4, 2008

L.o.V.e aka C.i.n.T.a

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorangyang melabuhkan Cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu..........

Ya Muhaimin..........
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya,
Agar tidak melebihi cintaku Pada-Mu...........

Ya Allah.....
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya Tertaut Pada-Mu...
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...........

Ya Rabbani....
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling pada hati-Mu......

Ya Rabbul Izzati.............
Jika aku rindu,Jagalah rinduku padanya,
Agar tidak aku lalai merindukan syurga-Mu.........

YaAllah.........
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.....

Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah, yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka. Nasa'i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda; "Di sekeliling Arasy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka.Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!

Beliau bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah."Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga.

G.I.R.L.S DAY OUT!!

29th-30th November 2008
– Weekends with Noor Hidayah Mohd Rodhi –

This weekend is the most exciting one…..upacara menabur duit di kedai-kedai…hahaha…planning to do some shopping with kak dayah but before that, on the 29th of November 2008, I’ve attended Mimi and Azlan wedding…Alhamdulillah, selamat dah budak berdua tu…lecturer diorang yang sorang ni je yang tak selamat-selamat lagi..haha…anyway, I really believe with qada’ and qadar…..bak kata kawan karibku…semua ini rahmat daripada Allah…btul tak kak dayah?? Huhuhu….

Semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat...Amin


On the Saturday night, right after coming back from the wedding, me and kak dayah went to watch movie…punya la jauh ktorg gi, sampai ke one utama tu…after menimbang-nimbang semua movie-movie yang ada (melayu-debush debush, tamil – tak layan sebab banyak ngat jerit2, satgi kuar wayang migraine..haha – Madagascar 2 – kak dayah dah tgk, ceit, tak tggu aku)…and finally, we decided to watch Twilight… Turns to be the story was quite interesting, cerita manusia bercinta dgn vampire, both of us quite satisfied la and feels like the 9 ringgit that we spent worth!!

Antara perkara-perkara menarik sekiranya anda bersuamikan vegetarian vampire (vegetarian means that they only drink animal blood, not human blood)

  • Anda tidak perlu pandai masak kerana vampire tak makan dan minum (bagus untuk sesapa yang malas dan tak pandai masak) tetapi anda perlulah membuka ladang binatang untuk suami anda supaya dia tidak perlu ke hutan untuk mencari makanan…haha (kak dayah is well recommended sebab dia dah ada kambing2 yang banyak…jgn mara naaaa)

  • Anda boleh honeymoon di mana saja anda mahu kerana vampire boleh bergerak pada kelajuan yang sangat tinggi (ala-ala superman gitu)….so, boley la pas ni…”abanggg, nak gi paris, nak gi spain, nak g new zealand” Jawap si husband a.k.a vampire: boley yang, ayang nak pegi planet marikh pun takde hal..:))…takyah dah asik nak bukak website air asia tgk flight tambang murah ;p

  • Anda boleh pergi sambung belajar di oversea dengan senang hati kerana husband anda boleh balik tiap2 wiken (debush debush…kena kat aku ni…huhu)…..bestnyaaaaaaa

  • Husband anda akan maintain hensem sampai tua…menarik menarik….hahaha

p/s - jgn ditanya berapa banyak RM ku yang sudah ku tabur di kedai-kedai seantero KL...mau menangis jugak rasanya...hahaha...