My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Wednesday, February 24, 2010

Belasungkawa: MakTok

Hari ini, 24 February 2010, nenda kesayangan kami semua pulang ke rahmatullah...kira-kira jam 7 pagi waktu Malaysia

Saya lambat mendapat perkhabaran kerana sms yang dihantar oleh ibu tidak diterima oleh saya

Tapi alhamdulillah, arwah maktok pergi setelah sempat melihat hampir kesemua anak, cucu dan cicitnya...kecuali beberapa org yang tidak berkesempatan untuk berjumpa, termasuklah diri saya sendiri

Hari ini saya merasa amat sedih sekali, teringat2 lagi kenangan-kenangan bersama arwah Maktok

Arwah Maktok yang sangat pandai memasak...sebut apa saja yang nak dimakan oleh anak cucu, pasti akan dikabulkan permintaan kami

Arwah Maktok yang suka melatah dan anak cucu yang tak berenti mengusik

Arwah Maktok yang rapat sekali dengan anak cucu nya....pastinya ia merupakan kehilangan yang amat besar buat kami semua....KAMI SEMUA PASTI MERINDUINYA...

Saya doakan roh maktok sentiasa dilingkungkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...
Hanya doa yang mampu dikirim dari perantauan ini....semoga rohnya tenang di sana...

Alfatihah.......

Saya dan Arwah Maktok di hari perkahwinan saya......

Thursday, February 18, 2010

Eksperimen saya



Ini la saya dok mengadap hari2 10 jam tiap2 hari...dah nak muntah...


saya lukis sniri ni, guna power point...kagum tak? saya sedang mengkagumi diri sendiri....hahahaha


p/s-tgh dok buat powerpoint untuk present, hihihi.....tgk la biodiesel saya buat, nanti lelepas ni sesapa nak pakai biodiesel bgtau okey, saya nak bukak kilang tak lama lagi...;p

nak bertanya....

kawan2 ku...camna aa nak upload youtube masuk blog aaaa?? saya adalah tidak pandai....buta IT pun ye jugak ni...heheh

Wednesday, February 17, 2010

Lama tak menjengah blog ni.....
Rindu nak update2 cerita terkini.....
Rindu masa2 yang terluang nak melayan blog.....
Camera SLR pun dah takde, so mood nak mengupdate sedikit menurun.....
Ditambah lagi dengan kerja2 lab yang tersangatlah banyak.....
Perlu menyiapkan kerja supaya dapat bercuti-cuti Malaysia dengan aman tanpa bermimpi muka supervisor..;p

Tiba-tiba tadi melayan gambar2 smstsp kat fesbuk, rindu pulak rasa kat sekolah....bila la berkesempatan nak gi sekolah tu lagi....layan pasaraya taman kemajuan (ada lagi ke?), layan nasik ganja (ini konpem ada lagi), makan buah ceri kat kedai makcik best (keja zaman dulu2 sambil tunggu giliran beli nasi), rindu sgt kat sekolah tu, tempat mula mengenal dunia......rindu sgt pada rakan2 syed putra....lin, dayah,cmeen.....semua semua lah...semua budak2 batch, junior2 and senior2.....

tadi sembang2 anak2 didik di UMP, rindu pulak pada org2 di sana...apalah perkhabaran mereka itu.....mekda, kak idah (heppy birthday akak!), kak ida amalina, kholi kholi, kak jas, kak nor, tiga sekawan (sureen, syal and aini)...lamanya tidak mendengar cerita terkini...saya pun sibuk disini, tak sempat nak skype selalu...InsyaAllah, ada jodoh kita bertemu nanti ya....

Rindu pada keluarga tidaklah dapat diungkap dgn kata-kata...terlalu rindu...encik hubby, mama, abah, tok and adik2...doakan saya disini dipermudahkan urusan, dapat menyelesaikan seberapa banyak kerja research sebelum saya pulang...Doakan yaa...

Conclusion daripada karangan di atas:- saya perlu balik malaysia , dah tahap wajib balik dah ni, homesick tahap tak tau nak cakap...hari-hari dok belek website beli tiket, huhu....kalau tidak konfrem weng weng sorang-sorang kat sini....

chaiyok chaiyok maya!!!! aja aja fighting!

okey la, saya suda mau tido....baru ja abis wat keja kul 10 tadi, sekarang suda kul 11, wajib tido, esok nak bgn awal, menyambung kembali perjuangan yang belum selesai.....

tata semua, I sayang u all semua....muah muah!