







Reunion adalah kisah semalam....Hari ni kami (saya dan exskoolmate) masih lagi berjumpa, tetapi ia lebih terfokus kepada nak meraikan kawan-kawan yang akan melangkah ke alam perkahwinan, satu lembaran baru dalam kehidupan. Bercakap tentang perkahwinan ini, teringat saya tentang satu email yang dihantar oleh seorang sahabat karib saya. Ingin sekali saya berkongsi coretan tersebut dengan rakan-rakan sekalian.
- Rahmat dari Allah -
Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai...
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Bagi saya, artikel ini bukan saja boleh diaplikasikan dalam hal jodoh sahaja, tetapi hampir kesemua aspek dalam kehidupan. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali kita takbur, bongkak ataupun lalai dengan kesenangan yang dimiliki dan janganlah juga kita bersedih dan kesal dengan setiap kesusahan yang dihadapi....InsyaAllah, setiap satu kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri. Sesugguhnya Dia yang lebih mengetahui segalanya............. Wallahualam.....
Berbalik kepada jemputan kenduri yang dihadiri, kenduri pertama yang dikunjungi adalah di keramat AU2, majlis Shamirrudin dan pasangannya dan seterusnya berangkat ke Bukit Jelutong untuk kenduri yang kedua, majlis Shahril dan pasangannya...



10 years reunion banner –credit to Barracuda Studio (Chon) and Zuiichi (Paret and d’geng)




Standing from left – Ton Mohd Jezri, Siti Ra-isah, Yasmeen Yanti, Fairoze Salwana,Sumaiya, Noor Hidayah, Suryati,Faizlinda, Hazwani Hanis, Amir,Guna Prakash, Faeizul Azlan
Sitting from left – Ziad, Nur Asyraf, Hasrul Izham,Mohd Noor, Zaim
Tiada dalam Gambar - Khairul Nisak, Saiful Anuar
Saya budak baru belajar...
SMSTSP, the unforgettable moments…..di sinilah tempat saya membesar dan mengenali erti kehidupan….rakan-rakan yang tersayang, cikgu-cikgu yang amat dikasihi makcik-makcik dining hall yang bermacam-macam ragamnya, pengetua yang silih berganti, Tok Ong, Cikgu Mat Hassan, Ustaz Rashid,Pak Leh...nama-nama yang cukup sinonim dgn Syed Putra….dan segalanya bermula di sini….
Antara perkara-perkara yang paling tidak dapat dilupakan:
Sedar tak sedar, dah sepuluh tahun berlalu…dah pada 20 December 2008, kami berkumpul kembali…mengimbau saat pahit manis di sekolah tercinta, Sek Men Sains Tuanku Syed Putra…..
– 16th December 2008 – The Farewell Lunch –
Venue: New Horizon Garden, Kuantan
Purpose of Meeting: A lunch treat with Mek Da and The Geng
Members: Rohaida Che Man (Mek Da), Siti Kholijah (Mek Ti), Siti Zubaidah (Kak Idah), Sureena (Mek Na @ Sureen), Shalyda (Syal), Nurul Aini (Yui) and Rosmawati (Kak Rosma)

New Horizon Garden – A very nice place – Fully recommended!! – For those yang datang kuantan and nak makan tempat best-best, sila la datang sini (ikhlas dari: maya si promoter tak berbayar :)))


Dan menu-menu nya adalah : Ikan Tiga Rasa, Udang Goreng Nestum, Sotong Goreng Butter, Tomyam Merah, Ayam Goreng Mangga dan Sizzling Beancurd…Delicious..Marvelous…yum yum…sedapnyaaa….

Dan setengah jam kemudian…..burppp…..Alhamdulillah….

From left: Syal, Yui, Kak Rosma, Sureen,Me, Kak Idah, Mek Da, Mek Ti…Kawan-kawanku, really gonna miss you guys…..

Ni gambar menyibuk: Honda City yang baru…launch January 2009….Sporty and seswai untuk kawan2ku yang berjiwa muda…beli la weh…nanti saya balik, boley la tumpang naik keta korang…huhu
– 18th December 2008 – My New Room –
Inilah bilik baruku di UMP…Starting from next year, FKKSA akan berpindah ke bangunan baru…Saya pun dapat bilik jugak…bestnya…tapi dapat tengok je la, kena tunggu lagi tiga taun baru boleh menghuni bilik tu….tapi bagus gak ada bilik baru ni…takyah la saya bawak balik buku-buku yang berkotak-kotak tu ke tg malim….dah tak ada space nak letak kat umah tu…masa barang umah sampai tg malim pun mama dah pening-pening nak letak kat mana…..siap cakap kat saya ni “Apsal tak bawak balik satu kuantan je”…debush debush….kena skali…ampun ibu…..:)))
– 19th December 2008 – Presents –
Seriously, I’m speechless!!... Really not expecting it…Sangat terharu sebenarnya…. Nyway, thank you soo much guys….Shahril aka Apek Senget, Sis Syeda, Mr. Pesa, Mrs Fahri aka Sarah Osmateku, Kak Odah aka Jiran Seblah Umah, Nasratun Si Panjang

– 19th December 2008 – A Trip to Taman Tema Genting –
Percaya tak yang saya tak penah naik genting masa belajar-belajar kat UPM dulu?? Saya pun heran, kenapa la saya tak ada perasaan pun nak bermain-main kat genting theme park masa undergraduate dulu….Rugi btul bila tak brapa nak adventurous masa zaman belajar-belajar dulu….;p......Anyway, sebelum fly, tercapai jugak hajat nak naik genting, tapi tak main pape pun..just gi naik sykway, kelip-kelip mata sedikit sebanyak kat atas tu, tangkap-tangkap gamba and posing lebih-lebih kurang …then gi masuk kedai Titbits and gi buat mouth tour kat suma food tester (ni le part paling menarik…hihi) and finally turun balik ke hotel….

Pose before naik bas nak ke Skyway….

Cable car yang statik secara tiba-tiba
Inside the Cable Car Skyway


Pose-pose maut di puncak genting…hahaha

On the way back.......
This weekend is the most exciting one…..upacara menabur duit di kedai-kedai…hahaha…planning to do some shopping with kak dayah but before that, on the 29th of November 2008, I’ve attended Mimi and Azlan wedding…Alhamdulillah, selamat dah budak berdua tu…lecturer diorang yang sorang ni je yang tak selamat-selamat lagi..haha…anyway, I really believe with qada’ and qadar…..bak kata kawan karibku…semua ini rahmat daripada Allah…btul tak kak dayah?? Huhuhu….
Semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat...Amin
On the Saturday night, right after coming back from the wedding, me and kak dayah went to watch movie…punya la jauh ktorg gi, sampai ke one utama tu…after menimbang-nimbang semua movie-movie yang ada (melayu-debush debush, tamil – tak layan sebab banyak ngat jerit2, satgi kuar wayang migraine..haha – Madagascar 2 – kak dayah dah tgk, ceit, tak tggu aku)…and finally, we decided to watch Twilight… Turns to be the story was quite interesting, cerita manusia bercinta dgn vampire, both of us quite satisfied la and feels like the 9 ringgit that we spent worth!!
Antara perkara-perkara menarik sekiranya anda bersuamikan vegetarian vampire (vegetarian means that they only drink animal blood, not human blood)
p/s - jgn ditanya berapa banyak RM ku yang sudah ku tabur di kedai-kedai seantero KL...mau menangis jugak rasanya...hahaha...