My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Tuesday, December 23, 2008

Kenduri Oh Kenduri...

Reunion adalah kisah semalam....Hari ni kami (saya dan exskoolmate) masih lagi berjumpa, tetapi ia lebih terfokus kepada nak meraikan kawan-kawan yang akan melangkah ke alam perkahwinan, satu lembaran baru dalam kehidupan. Bercakap tentang perkahwinan ini, teringat saya tentang satu email yang dihantar oleh seorang sahabat karib saya. Ingin sekali saya berkongsi coretan tersebut dengan rakan-rakan sekalian.

- Rahmat dari Allah -

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai...

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Bagi saya, artikel ini bukan saja boleh diaplikasikan dalam hal jodoh sahaja, tetapi hampir kesemua aspek dalam kehidupan. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali kita takbur, bongkak ataupun lalai dengan kesenangan yang dimiliki dan janganlah juga kita bersedih dan kesal dengan setiap kesusahan yang dihadapi....InsyaAllah, setiap satu kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri. Sesugguhnya Dia yang lebih mengetahui segalanya............. Wallahualam.....

Berbalik kepada jemputan kenduri yang dihadiri, kenduri pertama yang dikunjungi adalah di keramat AU2, majlis Shamirrudin dan pasangannya dan seterusnya berangkat ke Bukit Jelutong untuk kenduri yang kedua, majlis Shahril dan pasangannya...



Lokasi: Rumah Noor Hidayah
Aktiviti: Saya sedang mencuba kehebatan flash yang baru dibeli sambil kak dayah sibuk membetulkan tudungnya



Lokasi: Dihadapan dewan serbaguna Keramat AU2

Aktiviti: berposing-posing manja sementara menunggu Ct Raisah yang dah sesat tu..



Lokasi: Di dalam kawasan Dewan Serbaguna Keramat AU2

Aktiviti: Merakamkan gambar bakal pengantin tahun depan...Inche Jon dan Puan Lyn...depa datang amik berkat tu...baguih2...buat kenduri time aku balik mesia tau...



Lokasi: Di dalam dewan Keramat AU2....
Aktiviti: Menguji kehebatan Nikon D80 sementara menunggu pengantin tiba...banyak btul function camera ni...terima kasih buat tok-tok guru yang sudi mengajar (En. Chon dan En. Ton)



Lokasi: Meja makan pengantin

Aktiviti: Ex-smstsp bergambar bersama pengantin - apsal pengantin ni dua-dua pejam mata?


Lokasi: Di luar dewan, sebaik sahaja selesai memenuhkan perut dan bergambar dengan pengantin
Aktiviti: Shot terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Ah Ba....Kak Dayah, Cmeen, Ct ngan Clin sempat lagi pegi menjengah pakcik eskrem sebelum beredar...



Lokasi: Kenduri rumah Ah Ba di Bukit Jelutong, Shah Alam...kenduri sudahpun hampir selesai, kami adalah antara org-org yang terakhir datang menjengah ke majlis tersebut
Aktiviti: Maya dan Paret meneruskan operasi memenuhkan perut... Aksi senget ini hanya dapat dilakukan ketika sudah ramai tetamu beransur pulang...kami buat cam kenduri rumah sniri ja..


Lokasi: Masih lagi di Bukit Jelutong, Kenduri En Shahril
Aktiviti: bergambar beramai-ramai sementara menunggu pengantin habis berposing



Lokasi: Masih lagi melepak-lepak di dalam Dewan Kenduri
Aktiviti: Merakamkan kasih sayang Danish Hakimi buat mamanya



Lokasi: Masih lagi di kenduri Ah Ba
Aktiviti: Merakamkan gambar kenangan bersama geng kamceng kelas 5ST1. Kami berempat mewakili tiap-tiap satu rumah sukan - Maya (Marikh), Clin (Zuhal), Dayah (Zuhrah) and Ct Raisah (Musytari). Ketiga-tiga mereka yang lain telah berjaya menjadi arkitek (hasil dari lawatan sambil belajar ke JKR semasa sekolah dulu [credit to mat noq selaku presiden kelab kejuruteraan]+dan satu lagi, agaknya depa2 tu terkena penangan Ajih kot...huhu) manakala hanya saya seorang sahaja tersesat menjadi lecturer.... :P


Lokasi: Pelamin Pengantin
Aktiviti: Bergambar bersama pengantin sebelum beredar....

Saya sangat gembira kerana dapat bersama-sama memeriahkan lagi kenduri kawen kawan-kawan saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.....Who's next? Jeng jeng jeng.....

1 comment:

Anonymous said...

ooooo..maya... dah semakin hebat amik gmbr..huhu. k.dayah mu nmpk kurus di dalam gmbr2 ini, huhuhuhu (sure die suke bile bace statement nih)