My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Wednesday, August 26, 2009

Salam Perantau

SALAM Ramadan dan selamat menyambut Aidilfitri untuk seluruh keluarga dan rakan di Malaysia. Maaf zahir dan batin. Sungguh sayu di pagi hari, terdengar takbir bergema suara, ucapan Selamat Aidilfitri, daripada kami di bumi Lufbra. Dari kiri Maya Zainal (Universiti Pahang), Mahmood (rakyat Syria), Harris Shah Abdul Hamid (UIA), Afizan Azman (MMU, Melaka), Muzani Mustapa (UTM) dan Norhidayah Md Dulang (USM) Loughborough University, England, United Kingdom.


hahaha......en afizan hantar gambar ktorg kat salam perantau... dah masuk paper ni...tgk la surat khabar hari ni, berita harian, 26 august 2009...beberapa lagi gambar akan menyusul....tungguu...(yang pastinya bukan lah saya yang rajin nak menghantar...heh), sib baik ada fizan yang rajin....

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan di Perantauan


MENU BERBUKA HARI PERTAMA
VENUE: RUMAH KAK ARY
  1. pasta bakar 3 jenis
  2. laksam
  3. ayam goreng ala kentaki
  4. sotong kicap
  5. daging blackpepper
  6. keropok udang
  7. puding caramel
  8. sambal terung
  9. ikan kering goreng cili
  10. doughnut lufbra
  11. sambal pelam
  12. kurma daging
  13. kari ikan salmon
  14. buah-buahan
  15. air bandung cincau



MENU BERBUKA HARI KEDUA
VENU: RUMAH PN MAZRAH AND EN DINO
  1. sambal sotong telur sodap
  2. sayur kobis romania
  3. kuih- buah melaka (i tukang bukat-bulatkan)
  4. garlic bread mr dino
  5. sambal telur cik faya
  6. ayam goreng rupert brook en afizan
  7. buah buahan
  8. keropok sayur

MENU BERBUKA HARI KETIGA
VENUE: RUMAH PN MAYA AND CIK ED
  1. kari meletup kak fara
  2. ayam goreng goreng kentaki yum yum
  3. sayur masak lemak pucuk
  4. cheese cake
  5. buah-buahan
  6. kuih seri muka
  7. mee seafood ala tok siak (kiki..)
  8. air teh tarik/teh o/kopi kaw/sirap limau ais

p/s-lupa nak amik gamba yang kat umah sendiri...hik2


hahah...sentap tak tgk menu ktorg? kat mesia pun takde banyak cenggini menunya.....we ols 10 beradik (kak maz, abd dino, kak fara, mosan, me, ed, harris shah, afizan, iwa & kak anne (quarantined..huk2)) sejak dari minggu lepas tiap2 hari makan sekali...minggu lepas ada bacaan yasin dari rumah ke rumah, and minggu ni plak berbuka bersama-sama...lepas makan je...solat magrib sama2, tadarus sama2, solat isyak and tarawih sama2....Alhamdulillah, harapnya ramadhan kali ini leibh bermakna dari yang sebelum-sebelumnya...rasanya kalau di malaysia, nak mencari masa untuk berkumpul begini dan menjalankan aktiviti keagamaan bersama2 amatlah payah kerana masing2 sibuk dengan komitmen keluarga dan kerjaya.....Alhamdulillah, di perantauan ini, saya diberi kesempatan merasa semua itu...bersyukur kepadamu ya Allah...tapi yelah, mana mungkin ini semua sama dengan berbuka puasa di Tg Malim (rindunya mama masak :(( ), di Slim river (teriginnya nak memasak dan berbuka bersama suami tercinta :(( ), di Kuantan (teringat masa berbuka bersama osmateku cik Sarah itu)....Itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan menuntut ilmu....semoga perjalanan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dariMu Ya Allah...amin


ini menu hari first bersahur, terharu sgt kak mazrah masakkan daging black papper and sayur pucuk malam tu, tak tidur plak tu....teringat mama kat umah...bangun pagi2 masak untuk ktorg....huk2

Thursday, August 20, 2009

Rinduku pada Ramadhan Al-Mubarak

InsyaAllah, beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan...dengarnya di sini akan bermula berpuasa pada hari Jumaat, tetapi kadar kepastian amat rendah kerana selalunya kat sini malam sebelum puasa baru exactly tau bila nak puasa, sama jugak macam raya, esok nak raya, malam ni baru tau...tidak seperti di malaysia, dah tetap kiraan hari mula berpuasa dan berhari raya.....

Apapun...Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dgn bulan mulia ini.....pertama kali juga diberi 'rasa' berpuasa di perantauan dengan jam berpuasa yang agak lama (subuh pada pukul 4 pagi dan berbuka pada pukul 830 malam), berjauhan dari suami dan keluarga tersayang, jauh dari godaan bazar ramadhan yang sedap2 tu, jauh dari kemeriahan berbuka bersama keluarga dan rakan2, tetapi harapnya kemeriahan beribadah kekal malah lebih baik dari sebelum2nya....

pada bulan ramadhan ini juga, saya perlu menghantar first year report kepada pihak universiti di sini, tak tahu lah sempat ke tak nak masak2 untuk berbuka, kalau tak sempat jawapnya berbuka di surau university la gamaknya...huk2, but anyway...taun ni org melayu masak untuk surau uni, so takde hal, sure boleh telannye...:))

sempena dgn bulan yang mulia ini juga, tangan dihulur, kemaafan dipinta kepada semua yang mengenali diri ini....semoga ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya...InsyaALLAH....



Monday, August 17, 2009

Bosworth, Derby

Assalamualaikum....waaaaa, sudah lama sungguh tidak mengupdate blog nie....sangat ler bz dengan first year reportku....ni pun baru lepas hantar draft, esok lusa dapat balik ler nak dibuat pembetulan.....actually aktiviti Bosworth ni dah lama dah terjadi, dalam kira2 3 minggu lepas kot...Bosworths ni terletak kira2 20 miles dari loughborough, tak le jauh sgt.....tempat ni rasanya dulu tempat perang2 (battlefield)....., tapinya masa ktrog gi...tak terkena masa diorang buat perang konon2 yang semua pakai costum tu (ala...cam cerita sweet home alabama tu..:))), diorang buat perang konon2 tu masa bulan posa la plak...sungguh tak dapek la nak gi....dah ler posa 17 jam taun ni, sure melepek tak hengat nye sebab tak penah posa lama2....subuh masuk kul 430 cenggitu, bukak posa hari first tu 930 malam weh.....2-3 hari first sure stunggle...tapi nanti lama2 okey la kot....okey la...meh layan gambar...


Seperti biasa, sampai2 makan ler dulu...perut sume tgh lapo tuh...

Pasangan hangat bercinta forever and ever..

Makanan...yummy!!

inilah tempat yang dituju...jom!

posing2 depan entrance...

lavender...

macam cita fairy tale plak...chomel cik faya...

diorang ni siap masak2 kat situ....cam cerita lama2, panggang makanan kat api tu..

owh, abg askar yang mentain hensem..



itulah layla...mak ngan ayah die keje kat situ, jadi tukang explain2 and tukang masak..

Ahli-ahli baru dalam geng - nurul (birmingham), siti (nots) and ecah (manchester)

aik, i takde plak...

owh, ecah nak menerima hukuman pancung sudaa..

okey, ready ek kak maz..

eekk ekekkk...kuat lagi kak maz....sakit oo tangan...

bersama makcik2 tukang masak and pakcik2 yang tukang explain...

GIRLS posing....

ni dalam bilik senjata...

aksi2 santai....

konon candid lah tu...kiki...

iklan ibu bayi pampers ni....

yeah...bersama mokcik2 sekalian....



bakal mummy and daddy..

hahaha...ni yang best, abg dino cakap : meh anak2 dara bergambar!, kak maz ngan sepantas kilat berlari2 masuk nak amik gambar gak...hahaha...lawak2....org pakai baju hijau tu pun tak terkecuali...i kan jadi single kat uk ni ;p

mak2 dara and anak2 dara pose manja

yeah itu dia.....pasangan terhangat semalaya...

dah terangkat kot mana2 dah tu...

keluar battlefiled, layan taboo plak....

i layan cik abg lah....hobby baru ;p