InsyaAllah, beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan...dengarnya di sini akan bermula berpuasa pada hari Jumaat, tetapi kadar kepastian amat rendah kerana selalunya kat sini malam sebelum puasa baru exactly tau bila nak puasa, sama jugak macam raya, esok nak raya, malam ni baru tau...tidak seperti di malaysia, dah tetap kiraan hari mula berpuasa dan berhari raya.....
Apapun...Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dgn bulan mulia ini.....pertama kali juga diberi 'rasa' berpuasa di perantauan dengan jam berpuasa yang agak lama (subuh pada pukul 4 pagi dan berbuka pada pukul 830 malam), berjauhan dari suami dan keluarga tersayang, jauh dari godaan bazar ramadhan yang sedap2 tu, jauh dari kemeriahan berbuka bersama keluarga dan rakan2, tetapi harapnya kemeriahan beribadah kekal malah lebih baik dari sebelum2nya....
pada bulan ramadhan ini juga, saya perlu menghantar first year report kepada pihak universiti di sini, tak tahu lah sempat ke tak nak masak2 untuk berbuka, kalau tak sempat jawapnya berbuka di surau university la gamaknya...huk2, but anyway...taun ni org melayu masak untuk surau uni, so takde hal, sure boleh telannye...:))
sempena dgn bulan yang mulia ini juga, tangan dihulur, kemaafan dipinta kepada semua yang mengenali diri ini....semoga ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya...InsyaALLAH....
1 comment:
sedihnya baca... cam tu la ye jadi anak perantau.. all d best!
Post a Comment