My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Sunday, March 29, 2009

Niconholic & Flowerholic

Assalamualaikum....berikut adalah aktiviti di hari sabtu...meronda-ronda university sambil menangkap gambar...dah lama sebenarnya nak buat aktiviti ni, tapi tak berkesempatan sebab full je schedule every weekend (kunun bz sgt le tu)...tapi quite challenging jugak tangkap gambar haritu...whether sgt la tak syiiok....angin sepoi sepoi bahasa yang bertiup tu sgtlah boleh membuatkan diri sendiri mengigil...end up lepas abis shooting tu, tangan beku cam baru lepas rendam dalam ais....sujukksss.....Anyway, berikut adalah hasilnya.....layannn...

Masih ingatkah anda pada jalan ini...tu haa rumah lama saya....pokok2 yang tinggal ranting dulu tu dah keluar bunga....yeayy!!! chomel tul bunga2 kaler pink ituss...itulah dianya cherry blossom a.k.a sakura...

gambar tidak dapat dicapture dengan baik sebab pokok tu asik ler goyang je....angin kuat sgt...:((

Underneath the cherry blossom tree....

Tak tau la ini sama species ke tak because yang ni quite putih la compared to yang tadi..

Chomel kan.....sweett!! kalau pokok ni dapat tanam sepanjang jalan mmg best la...mesti rasa mcm kat jepun nye...

Tak perasan plak kewujudan pokok ni dulu....

Ni cherry blossom kat depan library...macam lain sket je bunganya....banyak sgt ke species sakura ni (saya yang konfius..)

Okey, meh jalan-jalan kat loughborough uni....Ini Pilkington Library..Library kat sini mak ngaihh, havoc semacam, siap ble makan2 lagi and suka2 ati je nak cakap2...bahagian bawah je macam senyap sket..

On the way to the front gate.....

Medical Centre....

Padang men bola...Lboro Uni amat terkenal ngan sports....from Lboro Uni saja ada approximately dalam 10 medal from the last Olimpik games (ni dgr org cite...tak tau le betul ke idak...rasanya btul kot)

Tugu negara....hahaha...ntah pape je statue tu...menyemak pun ye jugak...

Bunga-bunga sudahpun mula ditanam...

Bunga-bunga lagi...this year rasanya ada competition between councils sepanjang spring....tgk councils mana yang paling cantik...sebab tu agaknya merata-rata ada bunga ni...

Awarded by the Sunday Times - University of the year for 2008/09 session

Crocus... sgt la banyak kalernya..tapi semua tak sempat nak tangkap sebab dah innalillahhiwainnailahirajiun..hik2

Anonymous #1

Pink and Cream Pansies

White Pansies

Yellow Pensies

Orange Pansies

Blue Pansies

Maroon Pansies

And ALL THE PANSIES

Ni daffodils ye...haritu suka2 hati je bagi nama...daffodils ni pun ada banyak kaler..putih, oren, cream

bunga loceng biru a.k.a the blue bells...

First Step......

And the second one....

and the third one....

Taraaaa.......chomel bunganya...nampak macam blue bell...tapi ngape kaler putih aaa...feliks feliks..

Anonymous #2

Anonymous #3 - cun kan? pandai maya amik gamba...kikiki..(sian, angkat bakul ni)

Anonymous #4

Anonymous #5

Thursday, March 26, 2009

Gathering Warga UPSI and Jalan-Jalan Chatsworth

Assalamualaikum.....rasanya sudah lama tidak ku update cerita di blog nie....tak brapa semangat nak menulis sebab sakit telingaku sampai ke tahap fenin-fenin lalat...anyway, alhamdulillah, saya sudahpun separa sihat....so, update blog dulu la sebab experiment phd tak dapat nak roll lagi...biasa la, lab technician asik sibuk je manjang....nak inject satu sample pun manyak btul stepnya....nak memandai sniri takut plak tiba2 rosak...tak kuase den nak bayo ribu riban pound itus, baik la pi shopping...at least dapat free therapy.....ngeh3...kay la, first of all, story pasal kedatangan Untie Sophia and Kak Reen to Lboro...


Ini adalah tukang-tukang masak yang turut memeriahkan kedatangan Untie Sophia
Kak As, Dayah, Kak Anne, Kak Farie, Che Wan, Ed, Kak Ery

Ini dia menu pada hari kejadian
1)Soto - Cik Maya & Cik Ed
2)Kuih Keria - Cik Maya dibantu oleh Kak Farie
3)Kebab Tuna - Kak Farie
4)Mee Goreng Mamak - Kak As
5)Kuih Sagu - Kak Anne
6)Kek - Kak Ery
7)Mee Kari - Kak Lina (xde dalam gamba sebab sampai lambat)
8)Goreng Pisang - Cik Wan Nor Sitah+Cik Ed+Cik Maya

Baby Jane a.k.a Nur Jannah yang suka posing

Haaa....masyuk betul depa ni bersembang....Semangat tu Untie Sophia bercerita....

Seronoknya bercerita.......sampai nak kuar pintu rumah pun diorang dok bercerita lagi...lenkali datang tido Lboro ek kak reen.....

Muka-muka kekenyangan

Baru perasan gamba ni, kak Lina sorang je tgk camera...hhuhu...yang lain tu dok tgk apa?? hmmm....


~~~~Jalan-Jalan Chatsworth~~~~

Hari Sabtu pulak, osmateku mengajak gi berpiknik kat Peak District...Actually tak larat sebenarnya nak gi, badan tak la brapa nak sihat, lepas balik KAFA, terus panjat katil and nak tertido dah....tapi memandangkan osmateku sgt berkobar-kobar nak gi piknik (siap dah masak tu, nasik goreng ngan kebab), tidak la sampai hatiku nak menghampakan osmateku sebabnya dah berjanji dari awal minggu lagi....so, lepas pack2 barang, trus bertolak ke chatsworth...Luckily, its a worthy experience and sesungguhnya baru ku tahu, photography juga boleh menjadi theraphy yang mujarab untuk diriku ini...(bagus bagus, theraphy ni tak pakai duit, boleh diapply dikala elaun tak masuk lagi.......hihihihi..:))

First stop masa on the way nak gi Chatsworth......the view here was sooo nice....flowers were blossoming everywhere....really love it!!

The bridge....Antique and Preserved (sgt la sinonim ngan org UK )

Yeahhh...the spring begins...I love flowers!!....tak tau pun nama bunga-bunga ni...main tangkap je...tapi ni macam bunga rumput....they've been growing everywhere sekarang...still, its really preety and tak payah nak bersusah payah menanam...

Ni pokoknya besar...saja zoom in....lama tak main-main ngan camera ni

Meh la bg nama kat bunga-bunga ni...ni bunga dalam kuning luar putih...macam spesis bunga rumput gak, tapi dah kacuk kot....memandai je buat cita ni...

Nie bunga malu-malu kucing sebabnya tamau la kuar-kuar lagi....Cik bunga cat shy shy, spring dah sampai la....moh la kuar...

Bunga purple lilac yang cute....

The goldish white flower...

Bunga ni macam ada je kat mesia...nama apa aaa?? Suddenly baru perasan, daun bunga ni macam daun pudina kan...hmmmm

Nie pun dari species yang sama gamaknya...daun serupa jerk...bunga je dah jadi kaler lain...

Really love this one...macam match je biru and kuning tu....so sweet!

Okey...tibalah ke destinasi yang dituju....Chatsworth, about 60 miles from Lboro

The map....

Subhanallah....cantiknya ciptaan-Mu

From the front view....

Kambing biri-biri...tingat kat ajih.....ajih, kambingmu sehak-sehak ka?....tak peduli dah agak eh kat kombing2 tu, dah dapat keta baru ni....balik ni saya nak naik lori sayur itu....heheh..

Sian la hai kat Cik Wan, amik gamba sniri ni haa....org nak tangkap gamba dia tanak plak....


Soo peaceful....

The second bridge...sama je patternnya...hahaha

Tgh wat construction la pulak....buruks je dalam gambar....tgk la muka minah lam gamba tu...serabut tak hingat....tudung pun senget benget...

Itik-itik comellll....

Ini itik species lain....maintain cun sket yang ni.....very the proper one...sopan je tu haa....

yang putih-putih tu adalah kambing biri-biri ......

Cik Wan yang sungguh la beria nak baca history Chatsworth ni....sebenarnya Chatsworth ni tempat tinggal Duke zaman dulu2...masa nak balik haritu, nampak la rumah kecik-kecik aka rumah servant2 di sekitar istana Chatsworth ni....

50 books to read before you die....and its doesn't include the most important one...the Holy Quran, so, definitely its unreliable...but the thing that suddenly captured my eyes was the phrases wrote on the blurred mug (which not intentionally taken) :))....beware of the shopoholic wife...kikiki...


Sooo la very the antik....like tgk cerita2 british zaman dolu kala

tgk la pokok tu...nampak macam gambar blur kan...actually ranting2 tu yang membuatkan gambar nampk blur....gambar tak blur pun sebenarnya.....Subhanallah......
Macam kat Bukit Tinggi pun ada jugak ni....

Friday, March 20, 2009

Sumayyah binti Khayyath

assalamualaikum....mendengar nasyid Hijjaz yang berkumandang kat blog ni, terdetik plak hati nak refresh kisah Sumayyah binti Khayyath ni....setelah berjumpa, ingin sekali dikongsi bersama dgn pembaca blog 24:7.......Semoga kita mendapat iktibar daripada ketabahan Keluarga Yasir ini...InsyaAllah


Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.

Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).