My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Wednesday, February 24, 2010

Belasungkawa: MakTok

Hari ini, 24 February 2010, nenda kesayangan kami semua pulang ke rahmatullah...kira-kira jam 7 pagi waktu Malaysia

Saya lambat mendapat perkhabaran kerana sms yang dihantar oleh ibu tidak diterima oleh saya

Tapi alhamdulillah, arwah maktok pergi setelah sempat melihat hampir kesemua anak, cucu dan cicitnya...kecuali beberapa org yang tidak berkesempatan untuk berjumpa, termasuklah diri saya sendiri

Hari ini saya merasa amat sedih sekali, teringat2 lagi kenangan-kenangan bersama arwah Maktok

Arwah Maktok yang sangat pandai memasak...sebut apa saja yang nak dimakan oleh anak cucu, pasti akan dikabulkan permintaan kami

Arwah Maktok yang suka melatah dan anak cucu yang tak berenti mengusik

Arwah Maktok yang rapat sekali dengan anak cucu nya....pastinya ia merupakan kehilangan yang amat besar buat kami semua....KAMI SEMUA PASTI MERINDUINYA...

Saya doakan roh maktok sentiasa dilingkungkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...
Hanya doa yang mampu dikirim dari perantauan ini....semoga rohnya tenang di sana...

Alfatihah.......

Saya dan Arwah Maktok di hari perkahwinan saya......

Thursday, February 18, 2010

Eksperimen saya



Ini la saya dok mengadap hari2 10 jam tiap2 hari...dah nak muntah...


saya lukis sniri ni, guna power point...kagum tak? saya sedang mengkagumi diri sendiri....hahahaha


p/s-tgh dok buat powerpoint untuk present, hihihi.....tgk la biodiesel saya buat, nanti lelepas ni sesapa nak pakai biodiesel bgtau okey, saya nak bukak kilang tak lama lagi...;p

nak bertanya....

kawan2 ku...camna aa nak upload youtube masuk blog aaaa?? saya adalah tidak pandai....buta IT pun ye jugak ni...heheh

Wednesday, February 17, 2010

Lama tak menjengah blog ni.....
Rindu nak update2 cerita terkini.....
Rindu masa2 yang terluang nak melayan blog.....
Camera SLR pun dah takde, so mood nak mengupdate sedikit menurun.....
Ditambah lagi dengan kerja2 lab yang tersangatlah banyak.....
Perlu menyiapkan kerja supaya dapat bercuti-cuti Malaysia dengan aman tanpa bermimpi muka supervisor..;p

Tiba-tiba tadi melayan gambar2 smstsp kat fesbuk, rindu pulak rasa kat sekolah....bila la berkesempatan nak gi sekolah tu lagi....layan pasaraya taman kemajuan (ada lagi ke?), layan nasik ganja (ini konpem ada lagi), makan buah ceri kat kedai makcik best (keja zaman dulu2 sambil tunggu giliran beli nasi), rindu sgt kat sekolah tu, tempat mula mengenal dunia......rindu sgt pada rakan2 syed putra....lin, dayah,cmeen.....semua semua lah...semua budak2 batch, junior2 and senior2.....

tadi sembang2 anak2 didik di UMP, rindu pulak pada org2 di sana...apalah perkhabaran mereka itu.....mekda, kak idah (heppy birthday akak!), kak ida amalina, kholi kholi, kak jas, kak nor, tiga sekawan (sureen, syal and aini)...lamanya tidak mendengar cerita terkini...saya pun sibuk disini, tak sempat nak skype selalu...InsyaAllah, ada jodoh kita bertemu nanti ya....

Rindu pada keluarga tidaklah dapat diungkap dgn kata-kata...terlalu rindu...encik hubby, mama, abah, tok and adik2...doakan saya disini dipermudahkan urusan, dapat menyelesaikan seberapa banyak kerja research sebelum saya pulang...Doakan yaa...

Conclusion daripada karangan di atas:- saya perlu balik malaysia , dah tahap wajib balik dah ni, homesick tahap tak tau nak cakap...hari-hari dok belek website beli tiket, huhu....kalau tidak konfrem weng weng sorang-sorang kat sini....

chaiyok chaiyok maya!!!! aja aja fighting!

okey la, saya suda mau tido....baru ja abis wat keja kul 10 tadi, sekarang suda kul 11, wajib tido, esok nak bgn awal, menyambung kembali perjuangan yang belum selesai.....

tata semua, I sayang u all semua....muah muah!








Monday, January 25, 2010

SMSTSP - I'm Proud of You!!

20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM

25/01/2010 4:43pm

PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor. - Utusan

Monday, January 4, 2010

Love is 4'eVa - CLyn & Jonos

Sepurmana sudah berlalu...
Tunggu punya tunggu.....
Baru kini dapat kutatap gambarnyaa....
Apa lagi, teruslah mengupload ke dalam blog....
Selamat pengantin baru buat rakanku faizlinda dan faeizul azlan (location's update: melbourne,aussie (honeymoon maaa...:))
Semoga berbahagia ke hujung nyawa...
Semoga sabar menghadapi asam garam rumahtangga....
Dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..amin
Bertambah lagi rakan seangkatan (PJJ dua benua...hiks)

p/s - Clyn, Baby u yang first wajib lelaki sebab nak match ngan baby girl i okey...hahahaha


Yummy chocolates!! Simpan dak sket kat aku? hihi

Setelah bergelar seorang isteri....cun aaa pelamin, I likeee!!

Busana #2

Busana #1

Muka Clin dah tak larat nak sengih tu...sure penat tak hengat....

Jonos's reception...Edited by Mr Ponato..

Jon ,maintain perut, tahan napas...tahannnn

And the sypultra frens: ponatto, paret and illi, che meen and chon, alin (maintain chomei..haha), sham (mak aii, terkojut first time tgk, mmg dah bley jadi bapak org ni), shidi (makin kurus aku tgk mamat ni) and our dearest kak dayah...

Tembunnya anak bonet!!!!

Mak budak yang tgh preggy....Sungguh la comel dikau wahai Fazellia dikala mengandung....Pasni ranking first dapat kat lia la, dah nak masuk tiga ni...sungguh tidak kusangka, terngiang2 lagi saat bersama2 budak brutal ni kat skolah dulu...i miss those moments...i balik ni nak tak buat ladies outing kawan2? rindunya kat semua...

And some more kawan2 syputra....Mark and gefrennya, si baju bunga2 pink, thomeiiinya anak Domid!! cam mak ngan ayah dia gak....Alamak, Encik Shuha laa...anak kome dah besau tu (tiba2 teringat kat Anuat, ape la perkabaran doktor yang sorang tu..)

Sunday, January 3, 2010

Welkam 2010


Owh...cuti panjang sudah habis..
Esok kena masuk opis balik...
Sungguh la tak best...
Tapi azam tahun baru, nak habiskan sebanyak mungkin kerja2 research tahun nie...
Sebabnya, satu nak balik raya taun ni...nak raya kat mesia....huhuhu
Dua, nak abis cepat2 PhD....
Semoga perjalanan hidup ini sentiasa dipermudahkanNya
Owh, disetakan juga gambar2 sepanjang cuti krismas dan boxing day...
Tersangatlah miskin sekarang sebab duit dah abis shopping masa boxing day haritu....
Kena simpan duit untuk jalan2 scotland, ireland and spain plak taun ni ;p
Selamat tahun baru semua!!! daaaa...

All the girls: Jalan-jalan oxford

Sengih panjang nampak encik sepol..:D

Me and hubby tgh2 bandar oxford....Tadek pun kedai bukak masa krismas, bas pun tak jalan...

Fizan and Sepol

All the travellers ke swindon, bath and oxford..

Harry Potter's Place.. tak ble masuk plak hari ni sebab cuti...:((

Tak syiok tul tak dapat masuk, terbayang2 scene harry potter bila tgk bangunan2 kat sini...

Aiii...sengih sorang2...tunggu sape tu encik sepol?..

Two of us again..:))

Beromatika di tepi taasik..hik2

I love this pic...sooo sweettt (saya ye..:)) )

Oxford lagi...

Bath, here I come...

The King and the Queen..

Tempat korek2...hihihi..

Next destination: Clarks Village (shopping maaaaa)...tu yang muka encik sepol berseri-seri tak hengat...