My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Wednesday, April 14, 2010

Man are from Mars, Women are from Venus

tsgtlah bosan diketika ini kerana perlu mengupdate literature review......SV ku nakkan at least ada 50-60 ms of literature review yang padat....fuh, naek bengkak jugaklah kepala nak menyusun segala ayat dalam thesis ni...part2 nak keluar ayat sendiri tu yang paling seksa....vocab dah le seciput...anyway, go go maya...you can do it!!...sambil2 tulis literature, browse pasal buku motivation yang sgt bagus ini.....nak berkongsi dengan semua especially with my dearest hubby, inche sepol...semoga rumahtangga yang terbina diredhaiNya dan bahagia hingga ke akhir hayat...insyaALLAH....can't wait to see you again....love you sooo much, muahssss!


1. Lelaki dari planet marikh,wanita dari planet zuhrah

Lelaki dan wanita adalah sangat berbeza dalam cara pemikiran,tindakan dan perlakuan.Kefahaman mengenai perbezaan ini dapat membantu dalam perhubungan.”Kita sering tersalah anggap bahawa cinta pasangan kita akan balas dan bertindak sama seperti tindakan kita apabila cintakan seseorang”.


2. Si tukang betul dan si penyempurna-rumahtangga.

Wanita mengadu lelaki tidak mendengar luahan mereka dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka.Lelaki pula mengadu wanita sering cuba membetulkan mereka dan cara mereka melakukan kerja.Lelaki menilai diri melalui kekuatan,persaingan dan pencapaian.Mereka perlu mencapai kejayaan dengan daya mereka sendiri.Manakala perempuan menilai melalui perasaan dan kualiti perhubungan mereka.

Wanita tidak patut cuba menasihatkan lelaki kerana ia akan kelihatan seperti kritikal dan tidak dapat diterima oleh lelaki.Lelaki pula perlu mendengar masalah wanita dengan tidak mencadangkan penyelesaian tetapi dengan mendengar untuk memahami apa yang telah mereka lalui.


3.Lelaki sorok dalam gua dan wanita bercakap.

Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka dimana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang.Manakala wanita lebih teruja dan ia melibatkan perasaan,mereka mahu bicara tentang masalah mereka.
Lelaki cenderung tidak membebankan masalah mereka pada orang lain.-mereka rasa perlu untuk menyelesaikan ia bersendirian.Pada ketika itu,mereka akan senyap,hilang daya tumpuan pada persekitaran dan kelihatan terasing,kurang respon dan bersifat pelupa.Wanita mungkin berkecil hati tentang perkara ini tetapi perlu bersabar atas sifat lelaki tersebut.

Wanita pula lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan orang lain sebagai tanda kepercayaan.Mereka terbuka dalam soal berkongsi perasaan kecewa dan kekesalan.Wanita bukan cuba mencari penyelesaian segera tetapi hendak didengari mengenai masalah mereka dahulu untuk difahami.Apabila wanita cuba bicara tentang masalah mereka,pada pandangan pihak lelaki pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.Disini lelaki harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.


4. Bagaimana untuk memotivasikan pasangan sendiri.

Kedua-dua pihak dimotivasikan dengan rasa cinta.Lelaki rasa dicintai apabila mereka diperlukan oleh kekasihnya,wanita rasa dicintai apabila mereka dibelai.Bagi menyemarakkan rasa cinta lelaki harus sentiasa dipenuhi dengan perasaan dipercayai dan dihargai.Wanita perlu kerap menunjukkan sesuatu yang membuat lelaki rasa diperlukan oleh mereka.Wanita pula memerlukan kasih saying dan dijaga dimana lelaki harus sentiasa menunjukkan perasaan empati dan kasih.


5. Perbezaan bahasa.

Bahasa dan ayat antara lelaki dan wanita adalah sama tetapi maksud yang disampaikan masing-masing adalah berbeza dan sering mengelirukan.Wanita bicara secara kiasan dan menggunakan kata umum.Jika lelaki bicara,mereka akan maksudkan secara terus,spesifik dan ini akan membuatkan mereka biasanya mentafsirkan kata-kata wanita sebagaimana ia maksudkan dengan kata sebenar.Disini puncanya timbul kekeliruan pada pihak lelaki terhadap kata-kata wanita dan wanita pula akan menuduh lelaki tidak memahami mereka.

Lelaki bicara hanya untuk menyampaikan maklumat.Wanita pula bicara untuk banyak sebab.Mereka sering mengadu yang lelaki kurang bercakap.Wanita harus faham jika lelaki itu sedang dalam proses mengasingkan diri iaitu dengan melarikan diri sebentar atau keluar dengan kawan-kawannya,dia harus diberi peluang untuk berbuat demikian.Manakala lelaki pula harus menerangkan kepada pasangan mereka mengapa mereka perlu tempoh pengasingan tersebut..


6. Lelaki seperti getah.

Lelaki boleh mendekati sangat rapat kepada pasangan mereka kemudian dia akan lerai sebentar.Maksudnya,setelah mereka sudah memenuhi hubungan mesra pada pasangan,mereka akan cenderung untuk rasa bebas dalam diri mereka dan menginginkan autonomi.Kemudian setelah mereka memenuhi perasaan tersebut,mereka ingin kembali untuk mendapatkan hubungan mesra itu kembali.Perkara ini akan sentiasa bertukar-arah antara keperluan hubungan mesra dan autonomi.Apabila seorang lelaki itu mengasingkan diri,dia harus diberi kebebasan sementara sebelum dia kembali pada pasangannya semula.


7. Wanita seperti ombak

Perasaan wanita naik turunnya seperti ombak.Pada perasaannya kemuncak,mereka mempunyai rasa kasih sayang yang cukup untuk diberikan pada pasangannya.Tetapi apabila perasaan itu menurun,mereka tidak upaya untuk menghargai dan menerima pasangan mereka telah lakukan.Apabila saat perasaan ombaknya memecah seorang lelaki tidak harus bertindak untuk membantu mereka.Lelaki harus mendengar,terima terhadap perasaan mereka dan sampaikan perasaan keyakinan,jaminan terhadap mereka.


8. Membongkar perbezaan keperluan emosi.

Wanita memerlukan penjagaan,kefahaman,hormat,kesetiaan,perakuan dan keyakinan dari pasangan mereka.Lelaki pula memerlukan kepercayaan,penerimaan,penghargaan,sanjung,pengesa han,sokongan oleh pasangan mereka.Adalah terbaik jika kita dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.


9. Bagaimana mengelak perselisihan faham.

Ia harus dielakkan selagi boleh,berunding jangan berbalah.Apabila lelaki rasa tercabar,dia akan fokus untuk buat dirinya rasa benar dan lupa untuk bertindak sifat lebih penyayang terhadap pasangan mereka.Dia akan membuatkan pasangannya lebih marah dan tidak membenarkan apa perasaan yang dialami oleh wanita itu ketika itu.-biasanya kes ini boleh bermula dalam konteks lelaki yang cuba menyelesaikan masalah wanita walaupun niatnya baik.Punca yang remeh akan boleh mengakibatkan perbalahan yang tidak berkesudahan.Kita harus terima yang pasangan kita bukan sempurna.


10. Pemberian kredit untuk pasangan masing-masing

Lelaki percaya dia mendapat kredit yang tinggi dengan melakukan sesuatu yang besar contohnya memberi jambangan bunga yang banyak.Tetapi bagi wanita,semuanya tak kira banyak atau sikit ia hanya diberi satu nilai kredit yang sama nilainya.Dalam pandangan wanita mereka telah merasakan buat sesuatu untuk pasangan mereka dan menilai kredit berdasarkan pandangan mereka sendiri.Dengan melakukan banyak tindakan yang mereka rasakan sebagai kasih sayang,mereka akan memberi markah banyak untuk diri mereka sendiri.Sebab itu mengapa ramai wanita mengadu yang mereka rasakan telah memberi banyak kasih sayang tetapi tidak menerima yang setimpal oleh pasangan mereka.Pada pandangan lelaki pula mereka telah melakukan apa yang mereka rasa cukup dan mungkin lebih,terutama setelah melakukan satu perkara yang besar buat pasangan mereka.


11. Bagaimana untuk berkomunikasi dalam konflik perasaan.

Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang.Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih.


12. Bagaimana untuk meminta dan menerima.

Ada 3 cara bagaimana untuk meminta dan terima apa yang dipintakan.

1. Tanya dengan baik-melibatkan masa yang tepat dan tona yang tidak mendesak.Buat secara ringkas dan berterus terang.

2.Praktik untuk cuba minta sokongan atau bantuan walaupun sudah menjangkakan jawapannya tidak atau tidak perlu.

3.Minta dengan tegas-antara kunci penting dalam cara ini adalah dengan berdiam diri setelah meminta.


13. Memelihara rasa cinta berkekalan

Untuk berjaya dalam percintaan,kita harus memahami terdapat banyak musim dalm percintaan.Adakala naik dan adakalanya surut.Kita tidak boleh menganggap pasangan kita mempunyai tahap perasaan cinta yang sama seperti kita.Kita harus mempelajari kasih sayang pasangan kita dari luar dan juga dalam.


Sekian,sedikit nota ringkas yang saya cuba terjemahkan dari buku Men are from Mars and Women are from Venus karya John Gray.Sedikit sebanyak apa yang saya kongsi disini dapat kita manfaatkan bersama.Untuk mendapat penjelasan dan contoh yang lebih terperinci lebih baik jika dapat membaca buku itu sendiri.Tetapi jika berkemampuan saya boleh cuba menjelaskan apa yang tidak dapat anda fahami.Jika terdapat kesalahan dari apa yang saya sampaikan ini mungkin atas kesilapan cara saya terjemahkan apa yang cuba dimaksudkan dalam buku tersebut.Tetapi segala yang kita baca dari fakta-fakta ini,jangan kita ambil secara 100%.Cukuplah jadikan ia sekadar panduan dalam memahami pasangan masing-masing.

Sunday, April 11, 2010

Hola Espana - Gibraltar

Sampai ke episod gibraltar plak hari ni....gibraltar ni sebenarnya bukan di bawah naungan spain, tapi ia sebahagian daripada united kingdom...so kalau guna tom tom nak carik route to gibraltar di spain, semmgnya sampai ke sudah pun tak dapat....actually mengikut sejarahnya...sampai sekarang pun spain masih lagi menuntut gibraltar daripada united kingdom tetapi melalui petition2 yang dibuat (rasanya kali terakhir adalah pada tahun 2002), 99% penduduk-penduduk di gibraltar ni still nak duduk bawah UK...so, kalau sesapa nanti berhajat nak gi gibraltar...silah bawa pasport anda ye sebab takde pasport tak ble nak masuk gbraltar...


inilah dia rock of gibraltar...gambar diambil setelah sampai ke puncak menaiki cable car...

pemandangan bandar gibraltar daripada atas...

owh, itu adalah landasan kapal terbang gibraltar...unik kan...atas laut tu...meh zoom sket..

oleh kerana gibraltar ni kecik setoet gitew...jalanraya untuk kenderaan biasa berkongsi laluan dengan airplane nye runaway...amazed sungguh...kita biasa kongsi ngan keretapi je...diorang lagi syiok, kongsi dengan kapal terbang tu....

takde keje...dok zoom org tgh main bola....dari atas nampak cam ade mende2 kecik dok bergerak2 cam guli....ngeh2...

owh, indahnya ciptaanMu ya Allah...

ni macam port...view dari atas juga....

Subhanallah....cantik2...cuaca juga sgt indah pada hari itu.......masyaAllah...

ini adalah tempat2 yang bakal dilawati sepanjang di rock of gibraltar ini...sila beri perhatian pada kejauhan perjalanan......kami berjalan lebih kurang 5-6 kilometer pada hari tersebut....balik2 umah semua terus flat....

monyet oh monyet...suka dok buat aksi2 comel kat situ...posing sakan!!

owh, bonda sayang anakanda...monyet pun pandai sayang anak...org kat mesia tu asik la dok buang anak...ntah pape je.....

sebelum memulakan perjalanan...muka masih lagi ceria dan bersemangat ketika ini....

us....

daku bersama monyet....tgh cuak tu...monyet tu pun asik tgk2 je sambil berkata di dalam hati, " oh puan maya yang comel, tgklah kanda yang hensem ini" muehehehehe

i loikeeee this pic...credit to mr afizan, mekasih tlg tangkap gamba yang meletops ni

us again....

aksi2 budak2 yang tgh hyper sebab teruja sampai gibraltar....

yang tgh tu la paling chomel....ngeh3....

version penat dah start.....wifey2 sekalian dah tersadai kat bawah sebab berbukit2 nak naik tgk attraction...tu la, pakcik ignorance tu soh naik van tanak...degil....dah kena ignorance 3 kali....coat pun dah bukak ni...panas le plak....haritu suhu masa tghhari dalam 24c gitew...fuh..panas eh, cam mesia plak

ini style jalan ke belakang....created by paun mazrah....sangat effective bg sesapa yang penat....

in dalam st micheal's cave.....stalaktik dan stalakmit yang sgt mengkagumkan....subhanallah

nice shot!...kat dalam gua ni susah sket nak tangkap gamba...cahaya tak cukup...banyak gambar bergegar gegur..

ini adalah auditorium tempat diorang buat persembahan...masa ktrog gi takde plak la persembahannya...

one nice shot by puan mazrah...

kami di bawah flag gibraltar, united kingdom dan european union
masing-masing muka dah sememeh...

one of the attraction.....ada baca sket pasal history top gun ni...tapi dah tak ingat la plak...muehheheh...ape je yang aku ingat ni...ingat kat encik sepol je agaknya...muehehehe....

inside the moorish castle....last attraction site yang dilawati...pastu baby zara dah ngamok...panas agaknya.......

Saturday, April 10, 2010

Hola Espana - Torreblance Town House, Fuengirola, Espana


Jam sudah menunjukkan pukul 7.55 mlm...masih lagi tersadai di opis sementara nak menunggu waktu magrib.....skang nak upload plak gamba2 villa yang kami duduki sepanjang di espana....veri niceee... i loikeee.....tapi ade "family" duduk gak kat umah tu...biasa lah, umah2 lama org tak duduk ni....tuan punya umah ni kerja kat uk...kira rumah dia tu dia datang kejap2 je untuk bercuti, masa yang lain2 dia sewakan pada org2 yang datang bercuti kat situ......ade la beberapa insiden2 yang berlaku didalam umah tu...sib baik i tau cita nie lagi sehari nak balik, budak2 ni tau i ni lemah semangat sket bab2 benda-benda ghaib ni...diorang pun tak bgtau kat i mula-mula tu....muehehehe...seperti biasa...daku tido mmg tak ingat dunia....tapi malam last je tido ramai2 sebab dah dgr cite pelik2.....takutss....:))

okeh....mai kita view gambaq-gambaq vila yang cun melecun itusss

inilah vila yang meletops itusss...villa 3 tingkat dengan kapasiti 4 bilik...wowwww!

eh lah, payah ooo nak drive naik villa ni....konfirm kalau agak2 tak brapa nak reti bawak kereta, bley menjunam balik keta kebawah.....kawasan fuengirola ni mmg terkenal dengan rumah-rumah bersar yang bertingkat-tingkat...kalau gi kedai beli fridge megnet dia pun, banyak je fridge megnet rumah tingkat2....

nun di sana terbentang laut biru nan indah....kawasan pesisir pantai di sini dinamakan costa del sol (sol tu rasanya matahari..emm, ni kena carik kamus spanish balik)...costa del sol ni cover suma area2 pesisir pantai termasuklah fuengirola, malaga, marbella, torremolines, benalmadena etc (bnyk ngat, tak ingat la pulak)

ruang makan di dalam villa...

ruang tamu....tempat pertarungan monopoly yang sengit sekali antara encik mosan, encik afizan, puan mazrah dan encik dino...

bilik kak fara and co

bilik encik afizan yang agak scary...

bilikku yang lagi scary tapi tak tahu mula2 tu...muehehehe...

Makanan oh makanan

sememangnya makanan tidaklah dapat dipisahkan daripda kami....asal jumpa je makan, pastu idea nak makan mencanak-canak cam ketam kuar bila air surut....pastu bila berat naik, masing-masing dok la komplain dah gemuk...haru btul....tapi itulah kegembiraan kami di sini..makan sama2, pastu gi la exersize sama2....bagus bagus.....

owh, pelayan suda ready nak serve tu....

lauk2 di hari kedua kami di espana....

rendang ayam: kak fara and co

sambal ikan bilis: kak fara and co

rendang daging: puan maya yang chomel

berbbq di espana di hari yang ketiga......

tukang-tukang masak pada hari tersebut (nota kaki: yang pegang senduk tu la master chef)

melayan movie sambil menunggu makanan selesai di masak

owh, apakah yang sgt lawak itus?? (masa ni tgh try2 mode camera)
yeay...suda siap!!!

look how delicious all the food, Alhamdulillah di atas kurniaan rezki...

Thursday, April 8, 2010

Hola Espana - La Alhambra, Granada

Riang sungguh rasa di hati, baru lepas meeting dengan supervisor....the best news is dia takde minggu depan, selama seminggu....yeay!!! tapi kena gak submit kerja hari isnin minggu depan sebelum dia gi conference...kijam kijam.....tapi daku masih lagi tidak mahu melayan kerja yang perlu dibuat ituss...sebabnya sgt excited nak upload gamba2 di espanyola.....kita mulakan dengan Alhambra Palace, Granada

the actual plan untuk visit granada ni adalah pada hari khamis, iaitu hari pertama kami berjalan-jalan di espana ini...tetapi oleh kerana tersilap membeli tiket (rasanya internet tu yang ngok ngek, mosan cakap dah betul dia tgk haritu, siap double check ngan kak fara), terbeli lah tiket untuk budak2 umur 12 tahun dan kebawah.....untuk menyamar menjadi budak 12 tahun adalah satu aktiviti yang amat sukar bagi kami semua kerana muka2 mak mak ngan bapak bapak budak amat jelas terserlah...muehehehe...oleh itu, terpaksa lah mengambil gambar di depan pintu masuk sahaja pada hari tersebut....

kat alhambra ni, tiket hanya boleh dibeli pada hari kejadian, kalau nak beli advance tiket pun, hanya boleh melalui online....oleh kerana tiket online pun telah sold out hingga 10 April, kami dengan ini terpaksalah datang semua untuk membeli tiket pada hari senin....

sebab tak dapat masuk alhambra, kami pun singgah ke ladang buah oren untuk menghiburkan hati (perhatian: espana ni agaknya terkenal ngan buah oren and buah olive, bersepah2 pokok oren ngan olive di sini..tapi mak aihhhhh....oren masam tak hengat....berdengung jap telinga makan oren haritu, tobat tak makan dah...heh)

owh, ini makcik jual oren...cun ah makcik jual oren ni...mesti laku oren2 yang masam tu...muehehehe (teringat cerita my girl bila masuk ladang oren ni..kesimpulan ayat: jgn tgk cerita korea banyak2, nanti jadi addicted macam i :))

The entrance, Alhambra Palace

Pengalaman membeli tiket untuk masuk Alhambra ini sgt mencabar, seawal 5 pagi sudah bertolak daripada Malaga (gamba villa Malaga yang meletopss itus akan menyusull...tungguuuu)...sampai saja di depan pintu gate alhambra (waktu tu pukul 650 pagi), sudah ada satu barisan menunggu untuk membeli tiket....untuk pengetahuan, waktu kaunter bukak adalah pukul 8 ye...tiket masuk Alhambra palace ni adalah sgt limited...saya yang konon terus terjun dari kereta untuk sama2 beratur membeli tiket telah terjatuh terguling2 sebab tak nampak tangga....fuh, bengkak tu....mamai baru bgn tido, lagi mau lari2 beli tiket...aiyoh...

anyway, tiket telah diperolehi dengan jayanyaa....abg dino telah memvolunteerkan diri menjadi tourist guide tidak bertauliah (heheh, yang lain malas nak dgr menda alah tu, i of course lagi malas...muehehehe)

posing-posing on the way to general life

general life ni taman raja-raja bersantai selepas perang....bila diorang takde administrative nye keje...kat sini ler diorang lepak2....of couse ade gundik2 and dayang dayang....marvellous!!

Owh, mengapakah muka anda begitu sumaiya?

ini adalah pemandangan Alcazaba and Nasrid Palace dari general life

General Life, Alhambra

Way to palace of general life...kat sini rasaya lebih kurang istana hinggap la untuk raja-raja....

in front of general life palace.....

Amazed by the islamic architecture.... subhanallah

Edit mode purple untuk gamba ni....yang pasti model itu sgt meletops!! ngeh ngeh...

Ini hanyalah secebis keindahan senibina islam disini......perlu melihat nasrid palace untuk lebih membuat anda terpaku seketika

Inside the general life palace

Tempat si isteri menunggu kepulangan suami...ade plak haritu aksi aksi isteri menunggu suami, lakonan semua puan mazrah dan encik dino....sakit perut gelak tgk kak maz berlakon...

kami sudah keluar dari general life palace untuk ke nasrid palace

pose-pose top model gitew..

owh, kami semua mmg suka mergamba....

on the way to the castle......

Nasrid Palace, Alhambra

nasrid palace dan alcazaba terletak berdekatan antara satu sama lain.... jom kita layan kat sana plak

way to the castles

aksi jejaka-jejaka terlampau..

waktu masuk ke nasrid palace ini telah ditetapkan...tak bley main redah je masuk...bergambar2 sementara menunggu giliran masuk ke nasrid palace

owh...siapakah yang menangkap gambar ini? I yang mmg dah meletops ni nampak lagi meletopss...muehehehe...jgn mara....

konfius jap...ni kat mana ntah? way to nasrid palace?? ...ye kott

in front of nasrid palace........ini baru intro, tapi hati tidak berenti memuji kebesaranNya...subhanallah....

one of the mimbar in nasrid palace....

kagum seketika....macam mana lah org zaman dulu2 mempunyai daya imiginasi architecture yang sgt bagus.....subhanallah subhanallah...

tgk la tu...cantik kan....di kala ini teringat pada dua sahabat dunia akhirat, aktikek2 malaysia yang hebat-hebat - faizlinda dan noor hidayah....pasti mereka teruja untuk datang melihat senibina islam yang unik ini

the entrance for one of the rooms in nasrid palace....

zoom in.....hasil seni yang sgt menakjubkan....

mata terpaku...

lidah tidak berenti berzikir memuji keindahan...

sampai tidak terucap dengan kata-kata....masyaAllah, cantiknya...

bumbung one of the rooms in nasrid palace....

subhanallah subhanallah.......

zoom in gambar bumbung....

pintu gerbang keluar dari bilik tersebut....

hasil seni yang tak terbanding dengan mana2 pun architecture zaman sekarang...edited khas buat Cik NOOR HIDAYAH dan Puan FAIZLINDA....saya doakan anda berdua berpeluang untuk menghayati senibina islam disini satu hari nanti...InsyaAllah...Amin

zoom in.... gamba kepala bumbung..

halusnya seni ukiran bumbung ni...takjub takjub...

kawasan di luar bilik-bilik tersebut....

zoom sket..

corridor keluar dari istana....pose pose menarik dari pengantin baru yang tak brapa nak baru....

bandar granada dari atas.....

one two three goo...kita ke alkazaba pulak.....

Charles V Palace, Alhambra

in istana charles V, rasanya ini bukan dibina oleh empayar islam yang terdahulu...kurang pasti plak sebab tak dgr pun history dia...but still, tempat ni adalah tempat raja2 bersantai di waktu summer...

owh, model dah tak larat nak posing....

inside the charles V palace....

Alcazaba, Alhambra

owh, saya menjadi dahan pokok...kak fara mmg ada tokoh nak jadi pemilik DLSR lepas ni.....permulaan yang baik...abis aaa ko mosan....

inside the alkazaba....

from the top....

puncak paling atas...rasanya tower ni paling tinggi antara semua2 tower

ini tinggalan bangunan di luar kawasan alkazaba...tak sure plak nama tempat ni ape...


okey la...sudah habis episod La alhambra....lawatan sambil belajar ke tempat lain akan menyusul nanti....tunggu.......