My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Monday, March 2, 2009

-Liqa' HELWA-KAFA-Photography-Kepok Lekor-Birthday Kak Anne-

Salam...Seperti biasa, post-post wajib adalah aktiviti hujung minggu di Lboro...Saya rasa wiken saya di sini sesungguhnya la hai meriah, rasa macam tak cukup2 je wiken tu, kalau boleh, semua benda nak buat, semua tempat nak pegi, kalau kat mesia tu, duduk je la hai terperap kat rumah....kadang2 dua hari wiken tu tak kuar-kuar rumah pun....kat sini, sejuk2 pun ble pi jalan2 lagi...huhu...okey la, meh kita tgk apa yang telah saya experience minggu ni

~~~Jumaat Malam ~~~~

Liqa' HELWA  MML - Ladies outing kali ni diadakan di rumah Nida di Buckingham Drive....Alhamdulillah, Ramai jugak yang hadir, Kak Zana, Kak Munirah, Kak Lina, Kak Latifah, Kak Affah, Kak Lin, Ed, Wan Nor Sitah....Pengisian kali ni diketuai oleh Kak Affah...kami bersama-sama mentafsir surah Al-Ikhlas...banyak juga la yang dipelajari, Alhamdulillah.....


~~~Hari Sabtu~~~~

Seperti biasa, mengajar kelas KAFA...minggu ni bercerita tentang kisah nabi Muhammad SAW, bersempena dengan maulidur rasul yang bakal menjelang tak lama lagi (sebenarnya coincidence jugak, sebab masa dah tayang video Muhammad the last prophet tu baru perasan yang maulidur rasul dah nak dekat....::)

Lepas kelas KAFA, lari jap gi bilik sebelah, ada kelas photography.... Kelas ni merupakan aktiviti pertama MML untuk tahun ini, lepas ni ada kelas memancing, kelas photoshop dan macam2 lagi lah kelasnya....best best!!

~~~Kepok Time!!~~~

Petang tu, Kak Yati (wife Hj Kamal) ajak datang umah wat kepok lekor...dengar je kepok lekor, terus menelan-nelan air liur sebab dah lama teringin nak makan (dok kat kuantan tu takde plak la kemaruk sgt nak makan, biasa la...bila dah takda tu, time tu la jugak nak makan)

Ini adalah cara-cara membuat kepok lekor.....

Bersihkan ikan, dan kemudian pisahkan tulang dengan isi ikan, bahagian yang tidak boleh diambil langsung adalah kulit ikan dan tulang, hanya isi sahaja (kulit ikan tu liat, nanti masa blend tak hancur)...kat sini,sebab takda ikan tamban, kitaorg guna ikan macarel buat kepok..

Isi ikan yang telah siap, sebelah tu tulang ikan ngan kulit ikan.....

Blend ikan (dalam 2 genggam isi) bersama ais yang telah ditumbuk (nak bg ikan kembang) dan quarter kiub perasa...kemudian, kacau ngan tepung sagu...kat sini takda tepung sagu, so kami guna tepung jagung tak silap....

Menguli time!!

Kepok yang dah siap diuli....

Dah siap kepok lekor rebus!

Ni plak version goreng nye....

Malam nya, ada ceramah dari ustad erfino MSD, Alhamdulillah, penuh surau James France...


~~~Hari Ahad~~~ 

Kami buat buat suprise birthday party kat kak Anne..... ni kek Kak Mazrah buat...sedap!!

Antara makanan yang ada...tak banyak sgt sebab plannya pun last minute.....masak pun main hentam2 ja....hahahah

Bihun goreng singapore saya...first trial ni, tak penah wat bihun singapore....tapi alhamdulillah, sedap la jugak (org2 yang makan cakap, saya tak cakap apa2 ;p). credits to Cik Sakinah and Cik Nasibah...terima kasih bagi resipi....

Muka penat sebab tunggu birthday girl tak sampai2...budak2 ni konon nak wat suprise, cakap ngan Kak Anne yang nak bawak gi makan kat luar...

Siap tutup2 mata lagi tu....nak menipu punya pasal, sampai ke leicester budak2 ni bawak kak anne, pastu siap patah balik plak...lawak2...yang kak anne plak tak berenti2 membebel sebab mata dia dah sakit, ikat kuat sangat....hahahahahaha....last2 skali, dalam jam 7 baru sampai umah ktrong...jeng jeng jeng....

Heppy birthday kak Anne!!...siap kena baling ngan tepung lagi....

Birthday girl potong kek....May God bless you always.....

Antara yang hadir di majlis tersebut...

Kak Anne bersama hadiah-hadiahnya......

No comments: