My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Tuesday, May 4, 2010

Dan itulah ketentuanNya....

Hari yang sedih......
Pagi-pagi lagi dikejutkan dengan berita kematian anak murid UMP...Mohd Shafiq Masduki.....
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali....Innalillahiwainnailahirajiun....
Masih terbayang-bayang lagi wajah anak murid batch pertama yang saya mengajar ini...
Sangatlah baik budaknya.....walaupun jarang berkata-kata, tetapi dia sgt menghormati guru-gurunya....
Ya Allah, kau berikanlah kekuatan buat ahli keluarganya dan isterinya.....semoga mereka semua tabah menghadapi ketentuan Mu ini.....

Encik Hubby juga eksiden pada beberapa hari lepas...
tiada sesiapa pun mengkhabarkan kepada saya kerana takut saya bersedih hati.....
Eksiden berlanggar dengan lori....kecut perut kejap ketika mendengar cerita encik hubby tadi....
Habis kereta remuk redam.....
Alhamdulillah, Allah memberi perlindungan kepada suami saya....
Encik hubby sudah beransur sembuh (katanya).....
Sedih rasa di hati kerana tidak dapat menjaga abg di waktu ini......
Maafkan sayang kerana tidak berada di sisi abang ketika ini....
Ya Allah...Kau lindungilah suamiku......


Berita kemalangan diterima lagi.....
Amin adik ipar bongsu saya (adik sepol) dalam ICU ketika ini kerana kemalangan ketika hendak ke kuliah pagi tadi.....
Abang, abah, mak, kak ngah dan teh masih di hospital menunggu berita terkini
Mak ngan Abah masih lagi dalam keadaan terkejut....
Mujur abang ada bersama-sama dengan mereka di kampung kerana balik cuti sakit.....
Amin, kuatkan semangatmu dik....InsyaAllah, akak doakan dari sini semoga awak cepat sembuh...
Ya Allah...Kau bantulah Amin...kuatkanlah semangatnya....semoga dia berjaya mengharungi ujianMu yang satu ini...
Ya Allah, kau tabahkanlah hati seluruh ahli keluarga mertuaku.....Abang, abah, mak, kak ngah dan teh...semoga kalian sabar dan tenang menghadapi ujian ini.....kita sama-sama doakan amin cepat sembuh ya...insyaAllah....





5 comments:

afizan azman said...

maya...moga Allah pelihara kita dan seluruh ahli keluarga kita. InsyaAllah. byk2kan berdoa dan bersabar...chek tiba2 jd takut nak balik Msia...takut nak drive kat Msia.

Elylinn said...

Innalillah... hang pun jangan sedih2 Maya... kita sama2 doa untuk yg terbaik & sama2 kita comfort kan satu sama lain...

Mama Afnan said...

oh cik maya.. harap kuat kan semangat.. hanya yg memahami mengerti..

MaYa ZaiNaL said...

terima kasih kawan2....harini pun tak dapat berfikir ngan betul...i tepon mak mertua i, dia nangis bersungguh-sungguh ni...siannya kat dia...diri sendiri pun jadi takde mood nak wat keje....

hidayahrodhi said...

walaupun jauh diperantauan,insya Allah kiriman doa sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka di Malaysia.Setiap yang terjadi,ada hikmahnya.Take care maya,jangan sedih2 tau.