Reunion adalah kisah semalam....Hari ni kami (saya dan exskoolmate) masih lagi berjumpa, tetapi ia lebih terfokus kepada nak meraikan kawan-kawan yang akan melangkah ke alam perkahwinan, satu lembaran baru dalam kehidupan. Bercakap tentang perkahwinan ini, teringat saya tentang satu email yang dihantar oleh seorang sahabat karib saya. Ingin sekali saya berkongsi coretan tersebut dengan rakan-rakan sekalian.
- Rahmat dari Allah -
Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai...
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Bagi saya, artikel ini bukan saja boleh diaplikasikan dalam hal jodoh sahaja, tetapi hampir kesemua aspek dalam kehidupan. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali kita takbur, bongkak ataupun lalai dengan kesenangan yang dimiliki dan janganlah juga kita bersedih dan kesal dengan setiap kesusahan yang dihadapi....InsyaAllah, setiap satu kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri. Sesugguhnya Dia yang lebih mengetahui segalanya............. Wallahualam.....
Berbalik kepada jemputan kenduri yang dihadiri, kenduri pertama yang dikunjungi adalah di keramat AU2, majlis Shamirrudin dan pasangannya dan seterusnya berangkat ke Bukit Jelutong untuk kenduri yang kedua, majlis Shahril dan pasangannya...






































