My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Monday, March 2, 2009

-Liqa' HELWA-KAFA-Photography-Kepok Lekor-Birthday Kak Anne-

Salam...Seperti biasa, post-post wajib adalah aktiviti hujung minggu di Lboro...Saya rasa wiken saya di sini sesungguhnya la hai meriah, rasa macam tak cukup2 je wiken tu, kalau boleh, semua benda nak buat, semua tempat nak pegi, kalau kat mesia tu, duduk je la hai terperap kat rumah....kadang2 dua hari wiken tu tak kuar-kuar rumah pun....kat sini, sejuk2 pun ble pi jalan2 lagi...huhu...okey la, meh kita tgk apa yang telah saya experience minggu ni

~~~Jumaat Malam ~~~~

Liqa' HELWA  MML - Ladies outing kali ni diadakan di rumah Nida di Buckingham Drive....Alhamdulillah, Ramai jugak yang hadir, Kak Zana, Kak Munirah, Kak Lina, Kak Latifah, Kak Affah, Kak Lin, Ed, Wan Nor Sitah....Pengisian kali ni diketuai oleh Kak Affah...kami bersama-sama mentafsir surah Al-Ikhlas...banyak juga la yang dipelajari, Alhamdulillah.....


~~~Hari Sabtu~~~~

Seperti biasa, mengajar kelas KAFA...minggu ni bercerita tentang kisah nabi Muhammad SAW, bersempena dengan maulidur rasul yang bakal menjelang tak lama lagi (sebenarnya coincidence jugak, sebab masa dah tayang video Muhammad the last prophet tu baru perasan yang maulidur rasul dah nak dekat....::)

Lepas kelas KAFA, lari jap gi bilik sebelah, ada kelas photography.... Kelas ni merupakan aktiviti pertama MML untuk tahun ini, lepas ni ada kelas memancing, kelas photoshop dan macam2 lagi lah kelasnya....best best!!

~~~Kepok Time!!~~~

Petang tu, Kak Yati (wife Hj Kamal) ajak datang umah wat kepok lekor...dengar je kepok lekor, terus menelan-nelan air liur sebab dah lama teringin nak makan (dok kat kuantan tu takde plak la kemaruk sgt nak makan, biasa la...bila dah takda tu, time tu la jugak nak makan)

Ini adalah cara-cara membuat kepok lekor.....

Bersihkan ikan, dan kemudian pisahkan tulang dengan isi ikan, bahagian yang tidak boleh diambil langsung adalah kulit ikan dan tulang, hanya isi sahaja (kulit ikan tu liat, nanti masa blend tak hancur)...kat sini,sebab takda ikan tamban, kitaorg guna ikan macarel buat kepok..

Isi ikan yang telah siap, sebelah tu tulang ikan ngan kulit ikan.....

Blend ikan (dalam 2 genggam isi) bersama ais yang telah ditumbuk (nak bg ikan kembang) dan quarter kiub perasa...kemudian, kacau ngan tepung sagu...kat sini takda tepung sagu, so kami guna tepung jagung tak silap....

Menguli time!!

Kepok yang dah siap diuli....

Dah siap kepok lekor rebus!

Ni plak version goreng nye....

Malam nya, ada ceramah dari ustad erfino MSD, Alhamdulillah, penuh surau James France...


~~~Hari Ahad~~~ 

Kami buat buat suprise birthday party kat kak Anne..... ni kek Kak Mazrah buat...sedap!!

Antara makanan yang ada...tak banyak sgt sebab plannya pun last minute.....masak pun main hentam2 ja....hahahah

Bihun goreng singapore saya...first trial ni, tak penah wat bihun singapore....tapi alhamdulillah, sedap la jugak (org2 yang makan cakap, saya tak cakap apa2 ;p). credits to Cik Sakinah and Cik Nasibah...terima kasih bagi resipi....

Muka penat sebab tunggu birthday girl tak sampai2...budak2 ni konon nak wat suprise, cakap ngan Kak Anne yang nak bawak gi makan kat luar...

Siap tutup2 mata lagi tu....nak menipu punya pasal, sampai ke leicester budak2 ni bawak kak anne, pastu siap patah balik plak...lawak2...yang kak anne plak tak berenti2 membebel sebab mata dia dah sakit, ikat kuat sangat....hahahahahaha....last2 skali, dalam jam 7 baru sampai umah ktrong...jeng jeng jeng....

Heppy birthday kak Anne!!...siap kena baling ngan tepung lagi....

Birthday girl potong kek....May God bless you always.....

Antara yang hadir di majlis tersebut...

Kak Anne bersama hadiah-hadiahnya......

Thursday, February 26, 2009

Sarung Tangan

Sebuah kisah di hari semalam......Semalam dalam kul 730malam, kitaorg kuar ramai-ramai gi Leicester, hajatnya nak makan tosai yang sgt sedap kat masala dosa tu (series tosai die sedap...kalah semua tosai2 kat malaysia tu)...balik dari makan tu saya pun drop off kat rumah kak anne, amik beskal nak balik umah sniri....pastu tiba2 masa nak gerak tu, perasan yang sarung tangan dah ilang satu....carik nye carik...tak plak berjumpanya...dalam hati cakap, takpe la...esok la carik, terang sket....harini saya gi la balik umah kak anne masa on the way nak gi department....carik carik kat situ, Alhamdulillah jumpa jugak ngan sarung tangan tu...mula2 tak perasan pun....terus je pakai...rupa-rupanya.....

ni haaa...ada org dengki kat sarung tangan ni...kat jari tu kena potong....sedihnya...tu la sarung tangan paling best saya ada sebab sarung tangan satu lagi tak boleh tahan sejuk....beli kat mesia sarung tangan ni masa ngan kak dayah haritu...kan2 kak dayah.?? Ape la org2 ni dengki sgt kat sarung tangan tu....sabar je laa....pakai la jugaknya sarung tangan tu.....Sedih2 tiap2 kali tgk dia...ohh, pilu hatiku melihatmu wahai sarung tanganku!!

Monday, February 23, 2009

Rumah Baru and Carbooty!

Salam…minggu ni tak sempat nak menulis dengan kadar yang banyak…badan tersangat lah letih mengemas rumah baru…tak terasa pun kehadiran weekend kali ni…anyway, saya bersama ‘Darling80’ telah merakamkan detik-detik perpindahan ke rumah baru, gambar bilik je yang berjaya diupload sebab tu je yang dah fully kemas…living hall, kitchen semua masih dalam proses pemulihan…InsyaAllah, bila dah siap semua saya upload ya…..




Before pindah….bersepah-sepah tak ingat ni….Al-malkum la, osmate2ku dah dua taun lebih duduk sini…dah banyak harta yang dikumpul…harap maklum, tidak ada barang saya di situ ya ..:))

Ini adalah nasi beriyani yang dimasak pada jumaat malam oleh Cik Anne, Cik Maya and En Harris untuk dijamu pada jiran tetangga yang datang membantu….Seperti biasa, saya hanya jadi tukang kacau je…saya baru tahu yang masak beriyani pakai yogurt….pastu kat sini dah ada paste beriyani, masuk kan je ngan bawang putih+merah (sgt banyak), halia, yogurt and ayam….siap dah nasi beriyani…


Ini popia Kak As ngan Abg Zezerk….sedappp…Nampak mengujakan kan??


Selesai dah kerja angkat mengangkat….its makan time!!

Kaum2 hawa yang turut menolong ktorg pindah….Kak Lina, Dayah, Kak Farie, Kak Mazrah, Kak As (takde dalam gambar: Kak Anne, Ed)


Inilah bilik baru saya…..bestnya dapat bilik ni sebab pagi-pagi matahari timbul dari sebelah sini…cantik sgt….



Bilik dari sudut lain……

Zoom sket apa ada kat luar tu….



Hari ahad pulak gi carboot Derby (dalam setengah jam dari Lboro, on the way to Notts)…nak mencari beberapa barang yang urgent….This is my first time gi carboot kat UK sebenarnya…We were having a great time…meh meh tgk hasil tangkapan di Carboot Derby….


Jeng jeng jeng…beskal untuk ke sekolah!!....Nak beli first hand tak mampu…harga sampai 100 lebih pound….Alhamdulillah dapat jumpa beskal yang best dan murah…harga dia 10 pound je….best2….tapi penat jugak la mengayuh pagi tadi…seriau pun ada sebab jalan kat UK ni sempit…sib baik kat sini org tak bawak keta laju2 sgt….


Ini adalah untuk bondaku…..Nak bawak balik mesia nanti….



Ini pulak hasil tangkapan di IKEA…banyak jugak la yang perlu dibeli sebab before this pakai yang landlord rumah lamanya….hasil tangkapan termasuklah carpet warna hijau tu….Sejak bila cik maya suka warna hijau ni??...emmm…ni suma nak match ngan langsir la nye pasal….:))

Thursday, February 19, 2009

...PhD oh PhD...

Emmm..sekarang di sini sudahpun pukul 1036pm....masa untuk tidur sudah tiba......tapi tiba2 rasa rindu pulak nak tgk blog sniri...boleh tak cenggitu?? huhu.....Semenjak dua menjak ni (especially since datang UK), blog nie asik dok promote makanan je...korang perasan tak? Ini adalah kerana saya amatlah tidak mahu bercakap mengenai PhD yang sgt menusuk kalbu itu....rasanya minggu ini adalah minggu yang paling horror dalam 6 minggu berada di sini...kenapa ya?

pertama: literature review yang tak siap2 itew......sv ku asik dok I want more..I want more...kalau boleh rasa nak pengsan kejap,masuk spital....boley le rehat barang sehari dua...boleh ke? Since datang sini, rasanya beberapa kali je balik awal rumah, tu pun sebab ada kerja urgent nak buat or ada jemputan rumah sesapa....normal routine slalunya masuk opis kul 930am, balik lam kul 8.00pm....tu tak buat experiment lagi...payah gak dapat sv terlebih rajin ni...tapi bagus gak...mintak2 la boleh abis awal...tamo dok sini lama2....huk3...dok obersea ni best gi jalan2 je...kikiki...belajar tu just nak dapat experience je stadi tempat org....

kedua: packing barang nak pindah umah....alahai...tu lagi satu....penat betul nak pindah2 ni...pasni umah jauh sket dari uni...rasa macam kena beli beskal je....ayien, aku nak beli la beskal lipat-lipat cam ko....tapi mmg puas ati lah dapat excersize dok UK ni...

ketiga:cuaca sejuk yang takmo2 panas ni....beberapa hari ni balik dari uni mesti ujan...sejukkkk ujan kat sini...cam air sejuk dalam peti ais jatuh atas muka...dah la saya amat la pemalasnya nak bawak payung...aci redah je, sampai umah mengigil-gigil...

Pengajaran ayat: buat PhD ni mmg la tak best....so lepas ni saya akan meneruskan usaha mempromosikan makanan-makanan malaysia...InsyaAllah tidak akan ku bukak cerita PhD yang sangat menyesakkan kepala yang dah tak cukup ruang ni.....Pray for me supaya cepat2 habis n not forgotten, with flying colors..InsyaAllah...

Sunday, February 15, 2009

Ikan-Ikan::Mee Kari Kuih Lopez::Adik-adik Leicester


Salam....hujung mingguku telah berlalu....sungguh la rasa malas nak bekerja keras minggu hadapan untuk menghabiskan literature review yang dah separuh jalan itu...Bersemangatlah wahai Sumaiya...jgn malas-malas..Aja aja!! Sebelum kita menghadapi minggu hadapan dengan hati yang ikhlas....marilah melapangkan hati mengupdate blog...:))
Aktiviti minggu ini agak menarik...pada hari jumaat yang lepas, saya pergi perfoya-foya di rumah kak mazrah sebaik sahaja mengkhatam semua kerja yang perlu dibereskan....dah tak larat rasanya nak melihat jurnal2 tu waktu wiken yang sgt indah ini....but anyway, kak mazrah, abg dino and kak anne tidaklah dapat mengentertain ktorg sebab diorang nak gi pasar ikan kat london jam dua pagi hari sabtu tu....ktorg pun apa lagi, entertain la diri sendiri kat umah tu...bukak cd, tgk cita parents trap, makan2...buat macam umah sniri la katakan....selesai semua aktiviti bebas itu, ktrorg pun tidur....jam dua pagi sabtu tu, kak anne, kak mazrah and abg dino bertolaklah ke london untuk membeli ikan...sebenarnya, setiap bulan akan ada wakil dari MML yang akan turun ke london untuk mendapatkan ikan segar, kebanyakan ikan kat loughborough ni ikan frozen, so tak fresh la sgt and kalau ada ikan fresh pun, agak la mahalnya jugak...soo, alhamdulillah setiap bulan akan ada juga warga loughborough yang menvolunteerkan diri untuk buat business ikan2 kat sini...kak anne and the geng dah 2-3 kali jugak la jadi tokey ikan kat sini....around pukul 10 cenggitu, semua tokey-tokey ikan ni selamat sampai ke loughborough balik.....saya jadi sgt excited sebab first time tgk ikan banyak gilaa.....berkotak2 dalam van tu......saya  pun dgn suka hatinya memvolunteerkan diri jadi pekerja kilang ikan sebab ikan2 ni nak kena bahagikan ikut org yang pesan.....dari situ, dapat la kenal ikan2 ni....specially ikan yang ada kat oversea je (huhu...ikan yang mmg ada kat mesia pun tak brapa nak kenal sgt).....y ang paling best dapat makan ikan salmon la...kat mesia tak berani nak tgk menu2 ikan salmon ni...mahai bebenornye....kat bawah ni ada la sket2 gamba yang berjaya dicapture ngan teponku...sebenarnya ada banyak lagi...ada udang galah, ikan salmon, ikan sebelah, ikan kembung, udang harimau, sotong, ikan tenggiri dan lain2 lagi lah...tapi 
ni je yang berjaya dicapture.....lelepastu tangan dah kotor sgt...tak ble nak pegang tepon....

Ini adalah udang...kali ni udangnya besttt...besau2...pueh ati ler makan jawapnya......

Ini ikan feveret saya...ikan siakap...

Ini ikan makerel...kalau kat mesia, makan ikan ni yang dalam sardin tin tu je.....sedap buat ikan bakar ni....cicah ngan air asammm...yum yum...

Ini ikan merah UK nye version....sedap and manis rasanya

Ini adalah kerang....kerang kat sini pelik...dia perisi sampai tinggal badan je...selalukan kan Mesia kita makan ngan kulit watna coklat2 yang lembik tu...kat sini tinggal yang isi putih dalam tu je...membazir betulll...tapi tak ble nak buek apo2 dah le...di jual dalam peket siap..

Ini kupang...tiba-tiba saya teringat siput sedut masak cili api....sedappnnnyaaa...org kat UK tak makan siput sedut...:((

Ini baby ketam....sedap sebab kulit dia lembut....tak keras macam kat mesia tu.....kira kalau makan nak kunyah skali ngan kulit pun takde hal....huhuhuhu

Seperti biasa...di malam harinya kita bermasak-masak di rumah kak Farie...menu pertama...kuih lopez

Zoom sket kuih lopezz........

Menu kedua....Mee Kari...masak lam Le Creuset tu....kat sini semua org sgt taksub ngan peralatan memasak.....kitchen devil la, pyrex la, tefal la....org cakap kalau masak lam le creuset ni konfrem masakan sedap....benda alah tu buat dari batu gunung berapi katanya...kira kalau sesapa yang tak brapa reti nak masak tu, guna la le creuset ni....konfrem jadi sedap masakan korang!! (pesanan untuk diri sendiri jugak)

Mee kari yang dah siap!!

Pada hari ahadnya pulak, saya mengajak Wan dan kawan kawan Leicesternya datang ke rumah...Kali ni turn adik-adik Leicester tu pulak turun Loughborough untuk usrah diorang sebab Cik Wan tu je ahli usrah yang tersesat kat Loghborough ni....huhu.....hari ni Cik Wan buat pastry tuna and custard.....sedapppp.......senang je nak buat....tapi kena ada ready made nye pastry la....nak buat sniri alamat berzaman la baru jadi pastry tu (tu kalau Cik Maya la, kalau org lain jap je kot siapnya..heh)


Ayat-ayat Cinta versi Loughborough.....

Adik-adik dari Leicester - Duduk dari kiri: Farah, Wan, Wan Mai, Mai (akak Naqibahnya)....Atas dari kiri:Didi and Emma....

Chomellnya yang pakai telekong tu...hahaha...betul tak Wan?? ;p

Cik Ed pulak ngan adik-adik Leicester (pronounce Leicester = Lester)





Monday, February 9, 2009

Pictionary oh Pictionary


Lepas je birthday Najlah tghari tu, kami trus ke rumah Kak Mazrah ngan Abg Dino sebab dah janji ngan diorang nak men game sama2 malam tu....Anyway, aktiviti makan2 mmg tidak boleh dilupakan...menu hari ini adalah satay, kueytiaw goreng and kek coklat....Saya dah cuak2 sebab asik makan je semenjak datang sini.....Penimbang kat umah ktorg weng2 plak tu...tak dapat nak measure actually brapa berat....Tiap2 kali naik penimbang tu, dia bertambah sekilo, pelik betul.....10 kali naik, 10 kilo bertambah.....hahaha....gi je umah Kak Mazrah, jumpa la ngan penimbang digital, menarik2...semua org pakat timbang berat ni....berat saya turun tu...hihi...seronotss...ni semua berkat puasa+jalan kaki gi balik fakulti agaknya...Alhamdulillah....tapi masih perlu menurunkan berat badan, bak kata diana, kena diet, tak boleh makan banyak2, nanti tak muat baju.....:)),  baiklah dik, akan kucuba untuk tidak makan dgn banyak lepas2 ni.....lepas makan, kitaorg main game, pictionary namanya....series best giler game ni....semua org excited2 main, ulang sampi 2 kali main.....Cik Wan la paling excited main.....pastu nak tau kitaorg buat apa?? Layan hindustan tu......Mudje Doste Karoge....Lama sungguh tak tgk hindustan, tiba2 teringat zaman skolah dulu....suka benarnya saya ngan si Shah Rukh Khan tu....sib baik skang biasa2 je....:)))


Adik beradik yang dua org ni tgh sibuk melayan game....ish2, siap berebut2 lagi mula2....
 
Ni haa game yang budak2 tu tgh main....kusyuk betul!!!

Kak Mazrah menunjukkan bakat memasak yang terpendam...

Kak Anne, Mak Tiri of the day....anak2 (Cik Wan, Cik Maya and Cik Ed) kena bgn awal giler pagi tu nak tolong mak masak...jgn marah kak anne ;p  

Chef-chef pada hari itu, Ed, Kak Anne and Ed, tiada di dalam gambar, Cik Sumaiya Chomel....

Menu pada malam tu: Satay (ayam, kambing, daging), nasi himpit and kuah kacang, kueytiaw goreng...(tiada dalam gambar: kek coklat)...kat sini baru saya belajar makan kambing, sedap daging kambing kat sini sebab tak berbau dan lamb kat sini diorang pakai kambing biri-biri...lagi sedap la dari kambing kat mesia tu...lembut+manis+bykkk kolestroll...sila pay attention ye cik sumaiya, diulangi sekali lagi, banyak kolestrol!!

Makanan dari sudut lain plak...

Inilah rupa paras satay yang sangat sedap itu....tapi gi carik lidi satay kat tesco takde plak haritu, tapi bagus gak, penat nak cucuk2, baik la makan cenggini, cepat pun ye, senang nak masak pun ye..

Inilah game pictionary tu...saya pun nak carik gak game ni bawak balik mesia, boleh main ngan adik2 nanti (nak gi carik kat carboot)...boleh mengasah english vocab ni...sgt bagus!!

Zoom skeetttt..............

Kak Anne tgh bersungguh-sungguh melukis tu...Harris, teka jgn tak teka.....yang ujung sekali sebelah kiri tu Mohzan ngan wife nya, kak Fara Diva, sebelah kak Fara tu Anaz, budak Lufbra yang baru abis undergrad....

Cik Wan Nor Sitah lagi havoc....trademark dia dalam game ni - Oooo...Okehh!! (disebut setelah melihat kad yang dicabut)...kalau boleh tape haritu, nak je tunjuk balik kat si kecik ni...sungguh la excited dia bermain....kitaorg dah sakit2 perut gelak tgk betapa feelnya dia men game ni...;p

Inilah benda2 yang telah berjaya diteka oleh kitaorg...cuka korang teka apa benda yang macam batman+lampu mentol yang dipangkah tu? itu namanya Dark Night, hebatkan lukisan ktorg?? hihihihi