My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Thursday, March 11, 2010

La Tahzan (Janganlah Bersedih) - Ingatan buat diri sendiri yang sering lupa

Salam ukhwah fillah dan salam kasih sayang...

Hari-hari yang berlalu pastinya bukan hanya mencorakkan warna-warna ceria untuk kita…tidak selamanya hari akan cerah..kadangkala mendung itu muncul..dan kadang-kadang pelangi juga mewarnai hidup...semoga kata-kata yang saya posting ini dapat menghindarkan kita dari rasa bersedih dan rasa tertekan kerana cabaran yang mendatang...sebagai peringatan untuk diri sendiri juga...

Jangan Bersedih….

(ditujukan kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji…bersabarlah kerana Allah. Dan sebaiknya anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, mengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan. Seberapa pun besar permasalahan yang anda hadapi, tetaplah bersabar. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesusahan dan dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan.)

Banyak di antara kita yang lebih bersedih pada urusan-urusan duniawi, misalnya :

1. Bersedih kerana sedikitnya harta,

2. Bersedih kerana belum mendapatkan jodoh,

3. Bersedih kerana belum memiliki anak,

4. Bersedih kerana kerja banyak,

5. Bersedih kerana kematian

Setiap orang sudah pasti akan mati, menemui Tuhannya, masuk syurga atau neraka. Jangan pernah berpikir bahwa kematian kita akan datang pada usia 70 atau 80 tahun, misalnya.
Tetapi berpikirlah bagaimana kita mengisi waktu dengan kebaikan.

Para ulama adalah orang yang hidup sederhana. Jika mendapatkan harta sekian, mereka mensyukurinya dan merasa cukup ( qana’ah) dengannya. Sebut saja misalnya Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ibnu Taimiyah, Rabi’ah al-Adawiyah, dan Sayyid Quthb. Mereka hidup menbujang hingga wafatnya, tapi mereka tidak bersedih karena belum menikah. Imam Bukhari hingga wafatnya belum memiliki anak satu pun, tapi tak pernah sekalipun dalam hidupnya dia meratap kerana tidak dikurniakan anak.

Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Apabila telah tibanya ajal, tidak akan didahulukan ataupun dilewatkan walau sesaat. Imam Ghazali berkata "Mati itu pasti tiba, persediaan untuk itu lebih berguna daripada persediaan dunia". Nabi Muhammad S.A.W pula bersabda "Mati itu adalah paling dekat dengan ghaib".

Ditinggalkan orang yang disayangi membuatkan kita sedih. Apatah lah perginya buat selamanya. Hilangnya tempat bermanja, Hilangnya tidak berganti dan yang pastinya hilangnya tidak akan kembali lagi. Apabila kita mengalami keadaan ini, ucapkanlah "Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun". Sedih...sudah pasti kita akan mengalirkan airmata kesedihan.

Tetapi, benarkan kita sayang padanya?

Sayang akan orang yang meninggalkan kita?

Sayang sehingga kita tidak dapat mengawal emosi... meratapi pemergiannya penuh syahdu.

Itukah yang dinamakan sayang?


Riwayat Al-Bukhari " Bermula mayat itu diazab dalam kuburnya sebab diratapi ke atasnya".

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud "Orang yang meratapi (kematian) kelak sewaktu berbangkit dari kuburnya di hari kemudian, hal keadaannya kusut masai, berdebu-debu dan akan dipakaikan kepadanya pakaian rantai dari belerang neraka serta tetaplah ia dalam kemurkaan Allah dan besar sungguhlah penyesalannya di hari kemudian".

"Sesungguhnya mayat itu bakal diazab disebabkan oleh ratapan keluarga ke atasnya".

Apabila kita meratapi kematian, orang tersebut akan menerima pukulan daripada malaikat Zabaniyah sehingga tulangnya bercerai-berai. Pedihnya seksaan yang diterima di alam kubur, sedangkan kita masih menyebut-nyebut nama dan sifatnya. Tiada maknanya ungkapan sayang yang kita ungkapkan, jika kematiannya jika penuhi dengan ratapan yang tiada sudahnya...

Ubatilah kesedihan hati dengan membanyakkan solat, bacaan Al-Quran, dan zikir…hadiahkanlah buat yang telah tiada…rohnya akan lebih tenang di sana, InsyaAllah..

Kebahagiaan seseorang itu tidak diukur dari material duniawi, melainkan dari kebenaran yang sedang ditegakkannya dan kedekatannya pada Allah SWT. Bersedih karena urusan-urusan duniawi tidaklah menenteramkan hati dan tidaklah menambah kebaikan apa pun kepada kita. Sebaliknya, kesedihan hanya menambah gelodak dalam jiwa kita.

Dikisahkan bahwa seorang laki-laki pernah mendatangi salah seorang tabi’in yang sedang menangis, maka orang itu menaruh belas kasihan kepadanya. Ia lalu bertanya, ”Apa yang menyebabkanmu menangis? Apakah ada rasa sakit yang kau alami?” Tabi’in itu menjawab, ”Lebih dahsyat dari itu.”

Orang tadi bertanya lagi, ”Apakah kamu mendapat berita bahwa salah seorang anggota keluargamu meninggal dunia?” Tabi’in itu menjawab, ”Lebih dahsyat dari itu.”

Orang itu bertanya lagi, ”Apakah kamu kehilangan hartamu?” Tabi’in itu menjawab, ”Lebih dahsyat dari itu

Laki-laki itu pun kehairanan sambil berkata, ”Lalu, apakah yang lebih dahsyat dari semua itu?” Tabi’in itu menjawab, ”Kemarin, karena tertidur, saya lupa bangun malam ( tahajud ).”

Semestinya memang itulah yg harus kita sedihkan ……

Solat yang tidak khusyuk, tidak mengisi waktu luang dengan amal shalih, tidak qiyamul lail, atau tidak bersedekah. Atau, melalaikan segala amal shalih lainnya padahal seharusnya kita sempat mengerjakannya.

Kita bersedih mestinya kerana bekal untuk akhirat belum terisi penuh, padahal kita tak pernah tahu sampai batas mana usia kita. Lalu kesedihan itu akan menggerakkan hati untuk menjadi manusia yang lebih baik. Wallahualam…





Wednesday, February 24, 2010

Belasungkawa: MakTok

Hari ini, 24 February 2010, nenda kesayangan kami semua pulang ke rahmatullah...kira-kira jam 7 pagi waktu Malaysia

Saya lambat mendapat perkhabaran kerana sms yang dihantar oleh ibu tidak diterima oleh saya

Tapi alhamdulillah, arwah maktok pergi setelah sempat melihat hampir kesemua anak, cucu dan cicitnya...kecuali beberapa org yang tidak berkesempatan untuk berjumpa, termasuklah diri saya sendiri

Hari ini saya merasa amat sedih sekali, teringat2 lagi kenangan-kenangan bersama arwah Maktok

Arwah Maktok yang sangat pandai memasak...sebut apa saja yang nak dimakan oleh anak cucu, pasti akan dikabulkan permintaan kami

Arwah Maktok yang suka melatah dan anak cucu yang tak berenti mengusik

Arwah Maktok yang rapat sekali dengan anak cucu nya....pastinya ia merupakan kehilangan yang amat besar buat kami semua....KAMI SEMUA PASTI MERINDUINYA...

Saya doakan roh maktok sentiasa dilingkungkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...
Hanya doa yang mampu dikirim dari perantauan ini....semoga rohnya tenang di sana...

Alfatihah.......

Saya dan Arwah Maktok di hari perkahwinan saya......

Thursday, February 18, 2010

Eksperimen saya



Ini la saya dok mengadap hari2 10 jam tiap2 hari...dah nak muntah...


saya lukis sniri ni, guna power point...kagum tak? saya sedang mengkagumi diri sendiri....hahahaha


p/s-tgh dok buat powerpoint untuk present, hihihi.....tgk la biodiesel saya buat, nanti lelepas ni sesapa nak pakai biodiesel bgtau okey, saya nak bukak kilang tak lama lagi...;p

nak bertanya....

kawan2 ku...camna aa nak upload youtube masuk blog aaaa?? saya adalah tidak pandai....buta IT pun ye jugak ni...heheh

Wednesday, February 17, 2010

Lama tak menjengah blog ni.....
Rindu nak update2 cerita terkini.....
Rindu masa2 yang terluang nak melayan blog.....
Camera SLR pun dah takde, so mood nak mengupdate sedikit menurun.....
Ditambah lagi dengan kerja2 lab yang tersangatlah banyak.....
Perlu menyiapkan kerja supaya dapat bercuti-cuti Malaysia dengan aman tanpa bermimpi muka supervisor..;p

Tiba-tiba tadi melayan gambar2 smstsp kat fesbuk, rindu pulak rasa kat sekolah....bila la berkesempatan nak gi sekolah tu lagi....layan pasaraya taman kemajuan (ada lagi ke?), layan nasik ganja (ini konpem ada lagi), makan buah ceri kat kedai makcik best (keja zaman dulu2 sambil tunggu giliran beli nasi), rindu sgt kat sekolah tu, tempat mula mengenal dunia......rindu sgt pada rakan2 syed putra....lin, dayah,cmeen.....semua semua lah...semua budak2 batch, junior2 and senior2.....

tadi sembang2 anak2 didik di UMP, rindu pulak pada org2 di sana...apalah perkhabaran mereka itu.....mekda, kak idah (heppy birthday akak!), kak ida amalina, kholi kholi, kak jas, kak nor, tiga sekawan (sureen, syal and aini)...lamanya tidak mendengar cerita terkini...saya pun sibuk disini, tak sempat nak skype selalu...InsyaAllah, ada jodoh kita bertemu nanti ya....

Rindu pada keluarga tidaklah dapat diungkap dgn kata-kata...terlalu rindu...encik hubby, mama, abah, tok and adik2...doakan saya disini dipermudahkan urusan, dapat menyelesaikan seberapa banyak kerja research sebelum saya pulang...Doakan yaa...

Conclusion daripada karangan di atas:- saya perlu balik malaysia , dah tahap wajib balik dah ni, homesick tahap tak tau nak cakap...hari-hari dok belek website beli tiket, huhu....kalau tidak konfrem weng weng sorang-sorang kat sini....

chaiyok chaiyok maya!!!! aja aja fighting!

okey la, saya suda mau tido....baru ja abis wat keja kul 10 tadi, sekarang suda kul 11, wajib tido, esok nak bgn awal, menyambung kembali perjuangan yang belum selesai.....

tata semua, I sayang u all semua....muah muah!








Monday, January 25, 2010

SMSTSP - I'm Proud of You!!

20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM

25/01/2010 4:43pm

PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor. - Utusan

Monday, January 4, 2010

Love is 4'eVa - CLyn & Jonos

Sepurmana sudah berlalu...
Tunggu punya tunggu.....
Baru kini dapat kutatap gambarnyaa....
Apa lagi, teruslah mengupload ke dalam blog....
Selamat pengantin baru buat rakanku faizlinda dan faeizul azlan (location's update: melbourne,aussie (honeymoon maaa...:))
Semoga berbahagia ke hujung nyawa...
Semoga sabar menghadapi asam garam rumahtangga....
Dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..amin
Bertambah lagi rakan seangkatan (PJJ dua benua...hiks)

p/s - Clyn, Baby u yang first wajib lelaki sebab nak match ngan baby girl i okey...hahahaha


Yummy chocolates!! Simpan dak sket kat aku? hihi

Setelah bergelar seorang isteri....cun aaa pelamin, I likeee!!

Busana #2

Busana #1

Muka Clin dah tak larat nak sengih tu...sure penat tak hengat....

Jonos's reception...Edited by Mr Ponato..

Jon ,maintain perut, tahan napas...tahannnn

And the sypultra frens: ponatto, paret and illi, che meen and chon, alin (maintain chomei..haha), sham (mak aii, terkojut first time tgk, mmg dah bley jadi bapak org ni), shidi (makin kurus aku tgk mamat ni) and our dearest kak dayah...

Tembunnya anak bonet!!!!

Mak budak yang tgh preggy....Sungguh la comel dikau wahai Fazellia dikala mengandung....Pasni ranking first dapat kat lia la, dah nak masuk tiga ni...sungguh tidak kusangka, terngiang2 lagi saat bersama2 budak brutal ni kat skolah dulu...i miss those moments...i balik ni nak tak buat ladies outing kawan2? rindunya kat semua...

And some more kawan2 syputra....Mark and gefrennya, si baju bunga2 pink, thomeiiinya anak Domid!! cam mak ngan ayah dia gak....Alamak, Encik Shuha laa...anak kome dah besau tu (tiba2 teringat kat Anuat, ape la perkabaran doktor yang sorang tu..)