My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Thursday, September 24, 2009

Salam Aidilfitri


Salam aidilfitri buat semua....
Maaf dipinta atas segala salah dan silap.....
Rindu btul suasana beraya di malaysia......
tapi apakan daya, perjuangan disini masih belum selesai...
Perlu bekerja keras untuk mencepatkan kadar kepulangan...huk2
gambar-gambar yang diambil dgn kamera sendiri masih belum ditransfer...i amik yang org tepek kat facebook je ni....nanti2 naa upload yang camera sendiri punya...






Monday, September 7, 2009

Yummy Cakes!!

Tanda ingatan buat cinta hati...terima kasih buat BHS yang sudi menerima temapahan dari UK ni, siap bg diskaun lagi....mekasih banyak2 Kak Ton.....Yummy nye tgk kek ni,,,rasa cam nak ngap satu (perut dah berbunyik2 dikala jam baru menunjukkan pukul 12tghari....), kak ton pun dah update dalam blog dia

http://boxhousestudio.blogspot.com/2009/09/tanda-ingatan-maya-pada-suaminya.html


Buat Kekanda Tercinta.....

Heppy birthday Abg....love you, muah muah!!


Sudah sedia untuk dihantar ke UPSI...


Buat Ibunda Tersayang......

My mummy ni health concius...si kek bg kat dia pun healthty cheese cake...(cheese tuu...diet la sgt)...but anyway, komentar2 mengatakan kek ni sodap!! boleh la order lagi pas nih...



Thank you mummy for everything....sesungguhnya pemberianku terlalu kecil nilainya berbanding kasih sayangmu...Love you sooo much!


Wednesday, September 2, 2009

3rd September 2009 - Happy Birthday Sweetheart

Tepat detik 12.01 Tgh Malam Waktu Malaysia....Selamat Hari Lahir yang ke-31 to My Chinta Hati, Abang Saipol Barin Ramli Al-Hanif...Semoga Abang Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezki, Dipermudahkan Segala Urusan Dunia dan Akhirat, Dilindungi Allah Sentiasa, Diberi Kelapangan Masa dan Fikiran, Dijadikan Anak, Suami dan Ayah yang Soleh, Dipanjangkan Jodoh Bersama Isteri Tercinta dan Dilingkungkan dikalangan org-org yang beriman...Amin...InsyaAllah...I Love You Sooo Much My Honey Bunny....Wish could be there with you...

Khas buat Kekanda Terchenta....

Happy Birthday, sweetheart.
May I wish you this for all your years,
While we share a life together,
Through laughter and through tears.

Today you're another year older.
The years go by so fast.
We knew from the very first moment we met
That our true love we found would last.

So as I share this day with you,
Let's vow we'll never part.
You've given me strength and courage,
And I've given you my heart.

Yeay...Merdeka!! (Separa merdeka sebelum viva)

Detik keramat telah tiba...saya dengan tidak menoleh kebelakang lagi telah menghantar first year progress report yang due nye esok...dah tak larat nak tgk...nak muntah pun ada jugak.....esok perlu menyambung kembali kerja2 experiment yang terbengkalai.....esok hari lahir suami tercinta..iNCHE sEPOL bARIN.....tiba2 rasa rindu sgt pulak kat dia (padahal tiap2 hari rindu ni...haha) sungguh lah tidak sabar menunggu kedatangannya minggu depan....Ya Allah, berikanlah kemudahan untuk suamiku datang ke bumi bertuah UK ni...harapnya lancar segala perjalanan pergi dan balik...Amin

I miss you each day in my life
I miss you each time you leave
I miss you each time you say goodbye

I miss everything about you
I miss your smile and your laughter
I miss your tender touch of humor

I miss your gentleness and kindness
I miss you when you leave my sight
I miss you all the time

I miss you when you're so far away
I miss you with all my heart

I miss you in my thoughts
I miss you at my side

I miss you so much
I miss you every moment

I miss you everyday
I miss you soooo much!

I Love You!

p/s - Inche Sepol, Saya Sayang dan Rindu Anda Sangat!!

Wednesday, August 26, 2009

Salam Perantau

SALAM Ramadan dan selamat menyambut Aidilfitri untuk seluruh keluarga dan rakan di Malaysia. Maaf zahir dan batin. Sungguh sayu di pagi hari, terdengar takbir bergema suara, ucapan Selamat Aidilfitri, daripada kami di bumi Lufbra. Dari kiri Maya Zainal (Universiti Pahang), Mahmood (rakyat Syria), Harris Shah Abdul Hamid (UIA), Afizan Azman (MMU, Melaka), Muzani Mustapa (UTM) dan Norhidayah Md Dulang (USM) Loughborough University, England, United Kingdom.


hahaha......en afizan hantar gambar ktorg kat salam perantau... dah masuk paper ni...tgk la surat khabar hari ni, berita harian, 26 august 2009...beberapa lagi gambar akan menyusul....tungguu...(yang pastinya bukan lah saya yang rajin nak menghantar...heh), sib baik ada fizan yang rajin....

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan di Perantauan


MENU BERBUKA HARI PERTAMA
VENUE: RUMAH KAK ARY
  1. pasta bakar 3 jenis
  2. laksam
  3. ayam goreng ala kentaki
  4. sotong kicap
  5. daging blackpepper
  6. keropok udang
  7. puding caramel
  8. sambal terung
  9. ikan kering goreng cili
  10. doughnut lufbra
  11. sambal pelam
  12. kurma daging
  13. kari ikan salmon
  14. buah-buahan
  15. air bandung cincau



MENU BERBUKA HARI KEDUA
VENU: RUMAH PN MAZRAH AND EN DINO
  1. sambal sotong telur sodap
  2. sayur kobis romania
  3. kuih- buah melaka (i tukang bukat-bulatkan)
  4. garlic bread mr dino
  5. sambal telur cik faya
  6. ayam goreng rupert brook en afizan
  7. buah buahan
  8. keropok sayur

MENU BERBUKA HARI KETIGA
VENUE: RUMAH PN MAYA AND CIK ED
  1. kari meletup kak fara
  2. ayam goreng goreng kentaki yum yum
  3. sayur masak lemak pucuk
  4. cheese cake
  5. buah-buahan
  6. kuih seri muka
  7. mee seafood ala tok siak (kiki..)
  8. air teh tarik/teh o/kopi kaw/sirap limau ais

p/s-lupa nak amik gamba yang kat umah sendiri...hik2


hahah...sentap tak tgk menu ktorg? kat mesia pun takde banyak cenggini menunya.....we ols 10 beradik (kak maz, abd dino, kak fara, mosan, me, ed, harris shah, afizan, iwa & kak anne (quarantined..huk2)) sejak dari minggu lepas tiap2 hari makan sekali...minggu lepas ada bacaan yasin dari rumah ke rumah, and minggu ni plak berbuka bersama-sama...lepas makan je...solat magrib sama2, tadarus sama2, solat isyak and tarawih sama2....Alhamdulillah, harapnya ramadhan kali ini leibh bermakna dari yang sebelum-sebelumnya...rasanya kalau di malaysia, nak mencari masa untuk berkumpul begini dan menjalankan aktiviti keagamaan bersama2 amatlah payah kerana masing2 sibuk dengan komitmen keluarga dan kerjaya.....Alhamdulillah, di perantauan ini, saya diberi kesempatan merasa semua itu...bersyukur kepadamu ya Allah...tapi yelah, mana mungkin ini semua sama dengan berbuka puasa di Tg Malim (rindunya mama masak :(( ), di Slim river (teriginnya nak memasak dan berbuka bersama suami tercinta :(( ), di Kuantan (teringat masa berbuka bersama osmateku cik Sarah itu)....Itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan menuntut ilmu....semoga perjalanan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dariMu Ya Allah...amin


ini menu hari first bersahur, terharu sgt kak mazrah masakkan daging black papper and sayur pucuk malam tu, tak tidur plak tu....teringat mama kat umah...bangun pagi2 masak untuk ktorg....huk2

Thursday, August 20, 2009

Rinduku pada Ramadhan Al-Mubarak

InsyaAllah, beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan...dengarnya di sini akan bermula berpuasa pada hari Jumaat, tetapi kadar kepastian amat rendah kerana selalunya kat sini malam sebelum puasa baru exactly tau bila nak puasa, sama jugak macam raya, esok nak raya, malam ni baru tau...tidak seperti di malaysia, dah tetap kiraan hari mula berpuasa dan berhari raya.....

Apapun...Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dgn bulan mulia ini.....pertama kali juga diberi 'rasa' berpuasa di perantauan dengan jam berpuasa yang agak lama (subuh pada pukul 4 pagi dan berbuka pada pukul 830 malam), berjauhan dari suami dan keluarga tersayang, jauh dari godaan bazar ramadhan yang sedap2 tu, jauh dari kemeriahan berbuka bersama keluarga dan rakan2, tetapi harapnya kemeriahan beribadah kekal malah lebih baik dari sebelum2nya....

pada bulan ramadhan ini juga, saya perlu menghantar first year report kepada pihak universiti di sini, tak tahu lah sempat ke tak nak masak2 untuk berbuka, kalau tak sempat jawapnya berbuka di surau university la gamaknya...huk2, but anyway...taun ni org melayu masak untuk surau uni, so takde hal, sure boleh telannye...:))

sempena dgn bulan yang mulia ini juga, tangan dihulur, kemaafan dipinta kepada semua yang mengenali diri ini....semoga ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya...InsyaALLAH....