Assalamualaikum semua....seperti biasa, hari minggu telah pun berlalu...saya masih lagi meneruskan aktiviti berkenal-kenalan dgn masyarakat melayu di loughborough ini, minggu ini giliran bersama anak-anak kecil di sini....Mengambil slot dari jam 1030 pagi-1230 tghari setiap hari sabtu, kelas KAFA untuk anak-anak Melayu Islam di loughborough diadakan untuk memberi ruang bagi pengisian rohani dan agama dalam diri anak-anak kecil ini....antara ilmu-ilmu yang dipelajari di sini adalah ilmu fikah, sirah, bahasa jawi dan arab serta ilmu2 asas agama yang lain....Tenaga pengajar pulak terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat melayu loughborough sendiri yang berkelapangan.....Saya turut merakamkan penbelajaran anak-anak kecil ini di dalam kelas...Jom tgk jom....

Cikgu Rahman sedang melihat-lihat apa yang ditulis oleh anak2 muridnya....harini kelas 8-9 thn terpaksa bergabung dengan 10-11 keatas kerana ketidakcukupan kelas.....Hari ini cikgu Rahman bercerita tentang Israk Mikraj

Tengok tu....kusyuk sungguh...Nak tau apa yang budak-budak tu tgh tgk? diorang dipertontonkan dengan video kekejaman Yahudi terhadap org Islam Palestin...Banyak sungguh soalan yang ditanya oleh anak-anak kecil ini....kenapa org Yahudi tak suka dan bunuh org Islam Palestin? kenapa Yahudi nak amik Palestin? Kadang-kadang boleh termenung sebentar untuk memberikan jawapan yang terbaik dan boleh difahami mereka....:))

Ini adalah kelas 6-7 tahun....Bakal kelas saya 2 minggu lagi...huhu...cuak jugak nak mengajar budak-budak ni...ada yang tak reti langsung cakap melayu....sungguh la terbelit-belit lidah saya mengajar nanti...ada tiga org cikgu yang mengajar kelas ni, Abg Din, Abg Murad dan saya...pakai snow cap itu Cikgu Din, boley tahan garang jugak orgnya...Tapii.......

Tgk la apa jadi bila cikgu Din takda....sibuk je semua nak bermain-main.....Tapi mengajar budak-budak ni cabarannya berlainan daripada mengajar org-org dewasa......Saya diminta untuk mengenalkan diri di akhir kelas Cikgu Din....Macam-macam soalan yang ditanya kepada saya....Antaranya:
- Saya cakap pada mereka, Allah tahu segala kebaikan dan keburukan yang kita buat, pastu keluar soalan ni dari salah seorg daripada mereka: Akak, Allah tu sangat busy ye?
- Akak, Allah dapat tgk ke apa yang kita buat?...bukan Allah tu ada kat Malaysia ke?
- Kalau kita sembahyang, Allah ada kat mana?
Saya tergamam sebentar apabila ditanya soalan-soalan sebegitu....Agaknya kerana saya juga tidak mempunyai pengalaman bersama anak-anak kecil....Terima kasih Abg Din kerana turut membantu menerangkan kepada mereka...sesungguhnya ia pengalaman yang istimewa buat saya....

Disuruh melukis gambar anggota badan manusia, keluar-keluar gamba tengkorak....bertuah betul si kecik ni....

No comments:
Post a Comment