My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Tuesday, January 20, 2009

Nasi Lemak Daun Pisang dan Kuih Koci

Ramai yang sering berkata...kalau gi oversea, antara perkara yang paling akan dirindui adalah: first: of course sanak saudara dan rakan taulan, second: adalah cuaca Malaysia yang best tu dan third adalah makanan Malaysia...But after being here for a while, I don't think Malaysian's food is something that going to be missed by people in Loughborough ...Loughborough memang best bab-bab makan ni, the malaysian community here is the best, still unite and kalau makan-makan tu, selalu jemput menjemput.....kira boleh dikatakan tiap2 minggu ada saja rezki yang datang...Alhamdulillah..

Disini saya senaraikan antara makanan malaysia yang telah dimakan sepanjang tiga minggu saya disini (takuttttnyaa gumukss, tapi makan jugak..hihi):
  1. Kari daging
  2. Sambal stumis segala jenis (telur, udang, sotong, ikan)
  3. Masak lemak cili padi
  4. Rendang Ayam Pencen
  5. Kerabu Somtam
  6. Nasi Ayam
  7. Ikan Sweet Sour
  8. Ayam & Ikan masak Kicap (kicap kipas udang ada tu....menarik btul hidup...:))
  9. Mee Kari
  10. Daging Masak Merah
  11. Ikan Stim
  12. Homemade Karipap and Kuih Keria
  13. Homemade bahulu and apam telur
  14. Last but not least...Tajuk hari ini, nasik lemak daun pisang dan kuih koci
Ini adalah tukang-tukang masaknya - Kak Mimi (bwk telur), Maya & Ed (kacang tanah and timun), Kak Farie (Sambal tumis and nasi)and Kak Anne (daun pisang and juga ketua chef for the day)

Ini adalah rupa paras kuih koci sebelum dimasukkan inti dan dibungkus dgn daun pisang..
Huhu...barulah ku tahu, takde la susah benonye nak buat kuih koci ni...Sonang yo.....Rajin ngan idak je...

Kuih koci dah siap....terkeluar-keluar tu haa daun pisangnya...nak wat camna, daun pisang tua, degil tanak masuk dalam bila dilipat....(salahkan daun pisang, bukan salah org yang bungkus...heh)

Makanan dah ready...kat situ ada tiga jenis sambal: sambal udang, sambal sotong dan sambal ikan bilis....wah3...menarik betul!!

Nasik Lemak yang telah selamat masuk lam perut....yum yum....

Emmm...sedapnya...terima kasih chef-chef sekalian.....

Kanak-kanak yang tidak tolong memasak dipaksa membasuh pinggan (Harap maklum, dayah bukan kanak-kanak...hanya Cik Wan sahaja)

Baby Jane ni....org dah masak nasik lemak penat-penat, dia boleh makan roti ngan nuttella..terkenan makanan omputih la ni...

Baby Jane sibuk menari lagu dalam cita Mamma Mia..

Azwar lari dari photographer tak bertauliah....huhu

Sisters : baby Jane and Shafikah (anak KakFarie)

Sisters: Irdina and Aleya (Anak Kak Mimi)

Sister and Brother: Irdina and Azwar

Sekarang sudah pukul 1047pm waktu UK a.k.a 647am waktu Malaysia....saya perlu kembali ke pangkal jalan, membaca jurnal yang telah diusung dari fakulti balik ke rumah...Doakan saya berjaya membaca jurnal-jurnal tersebut walaupun rasanya tidak dapat bertahan dgn kadar yang lama (katil sudah memanggil-manggil....)...Sehingga ketemu lagi, byee......

p/s = sesuatu yang sangat menarik akan berlaku pada hujung minggu ini (aktiviti makan-makan sememangnya tidak dapat dielakkan kerana saya akan berjumpa dgn seorang kawan baik yang hobinya adalah makan...hahaha), InsyaAllah.....menarik sungguh hidup ini....Syukur Alhamdulillah....:)))





1 comment:

hidayahrodhi said...

maya...sungguh menarik utk melawat anda disana..sila pastikan kuih koci itu ada semasa saya jalan-jalan cari makan disana nanti.berlatih menjadikan ia sempurna..huhu