My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Saturday, July 4, 2009

-Senyuman Itu-

Hari ini hari malas sebab hari ini hari jumaat....friday blues meyerang hendap dengan amat dahsyat sekali....bermain-main internet semenjak dari pagi...setup telefon voip, booking tiket flight, bergayut ngan my hubby, update blog (ini semua terjadi kerana dirumah tidak ada internet lagi, sila jgn salahkan diri sendiri..haha)...ni tgh carik bahan untuk kelas KAFA, tak tau ape nak ajar esok...blur je rasa....pegi baca-baca kat saifulislam nye blog (takde kena mengena pun dengan kelas KAFA), tiba-tiba terjumpa plak poem ni...alamak, tertacing plak sket.....huk2, maya semenjak dua menjak ni tak rock langsung, asyik tangkap leleh je ni, terlebih oksida dalam badan ni agaknya...natrium bikarbonat betul...

Espeacially for my beloved hubby, LOVE and MISS you sooo much....

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah


Saya sungguh merindui wajah dan senyuman itu...:((

No comments: