My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Sunday, May 10, 2009

Wiken @ Manchester : 24th -26th April 2009

Assalamualaikum...jalan2 di manchester di sepatutnya dah lama dipudate tetapi disebabkan kadar kebusyan saya yang sgt tinggi hingga mencapai tahap kronik sejak 3-4 minggu yang lalu, terpaksalah ia ditangguhkan sampai kehari ini...manchester ni agak best la jugak...rumah murah, makanan murah dan part yang sepatutnya best tapi bila dok UK ni dia jadi tak best - shopping complex sgt byk occay! kalau saya dok sini, konfrem tiap2 bulan duit licin tak tinggal seposen pun...hahaha....ktorg (saya ngan nina) gi jalan2 umah nofri, geng masa BTN Ulu Sepri (tempat kena mind torture, haha)....tapi BTN tu mmg best aa...walaupun penat...kalau pn nurisya tgk ni mesti jeles abis, sya, bila kome nak dtg sini? jom la gi jalan2 ngan ktorg....tak sempat gi mana2 sgt sebabnya asik dok shopping barang2 nak bawak balik mesia, gi factory outlet la, gi beli teh wittard la, cari souvenir la...huhu...last2 untuk barang sniri tak beli satu pun...takpe2, balik mesia shopping barang2 sniri plak...

Nofri, Maisarah and Nina...bijak sungguh si maisarah ni....bijaknya dia...cakap sgt laju dan tak tersasul pun...dalam english occay!! baru je setahun duduk kat UK ni...tidak dulu pkat gila cakap utara...

Cantik betul artist ni lukis....ni capture kat tengah2 manchester city...

fuh, bijak bijak org ni lukis...

Maisarah yang suka bergaya and suka posing, siap ada spek pink lagi dalam handbag dia...chomel sungguh...

Dalam manchester Wheel...fenin kepala naik sebabnya asik bergerak2 amik gamba dalam wheel tu...aishah pun join the club, terjumpa masa shopping kat whittard of chelsea..

Nofri and Maisarah dalam Manchester eye...
Rindu untie Maya kat maisarah...suka tgk dia bergaya...ayah dia cakap ikut mak dia la tu, suka melaram...hahaha...btul btul!

Me dalam Manchester Eye

Manchester city from manchester eye...

Dapat tangkap gamba je kat stadium old trafford ni...sebabnya nak masuk museum tak bley, ramai org tak hingat...ada match petang tu, kitaorg dah salah haribulan datang...takpa la, next time konfrem datang lagi...tak sempat nak round manchester abis2 kali ni...

aik, mana maisarah? ilang plak budak ni....

p/s-minggu ni pi jalan2 lagi sebenarnya...duitku di uk ni abis gi jalan2 je...shopping takde pun sgt...nanti kalau sempat saya upload gambar wiken ni plak...

Tuesday, May 5, 2009

Craving for Malaysian Food!!

23 days to go.....I MISS MALAYSIA SOOO MUCH....sgt rindu pada bonda, ayahanda, nenek and adik2, sgt rindu nak bawak PFG 4177, rindu rasa panas malaysia, sgt exited nk jumpa kawan2 kesayangan, tak sabar nak shopping!!, satu lagi....rindu pada semua makanan kat mesia....dibawah ini adalah list makanan yang nak dimakan sebaik sahaja tiba di Malaysia nanti....KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN, SILA AMBIL PERHATIAN YE...(ditujukan terutama sekali buat anda yang telah mengejutkan saya pukul 5 pagi semalam)

1)Mc Donald - konon2 nak boikot ler, tapi sampai je UK ni asik telan air liur je tgk org makan Big Mac, DoubleCheese, Mc Chicken...macam megidam plak rasa...hahaha....turun je dari flight nanti trus nak gi beli mcD kat airport tu....yummy!

2) Masakan bonda! - sempat ke mummy i nak masak kat i ni, cam tak je,mesti bz tak hingat minggu tu....

3)New Horizon, Kuantan - saya mau makan udang nestum ngan ayam goreng magga....sedap sedap (teringat kat mek da,promoter tak rasmi new horizon.....I miss u mek!)

4)Garden Seafood Tg Malim - nak makan semua makanan kat situ, aci tak?

5)Sushi King - nak makan sushi! try buat kat sini tapi tidaklah sesedap kat sushi king tu, semestinya la kan....kalau tak, bankrup la sushi king tu....tiba tiba teringat pada meal yang dibelanja oleh ajih di suatu ketika dahulu....jom kak dayah, apa lagi...hang kan dah hebat makan sushi skang....hik2

6)Johnny's Restaurant - nak steamboat, nak desert best, nak makan mee hijau.. start dah telan-telan air liur ni...

7)Ikan bakar belakang Istana Negara - sedapnya...kak dayah, hang ingat tak tempat tu? nanti kita hangkut cik meen skali...dia kan regular customer....:))

8)bubur Asyura - tak dapat2 makan sejak sebelum gi haritu, balik ni wajib makan...

9)Mee rebus Hj Wahid kat Pelangi, JB - lama sungguh tak makan mee rebus ni...

10) Asam pedas dengan sayur jeruk, sedapnyaaaa....takde umphh plak asam pedas bila takda sayur jeruk tu...

11)Ayamas! - nak makan ayam percik....kenapa semua makanan kat malaysia sedap2? konfius btul....cuba la biasa2 je, takde la org2 kat obersea ni asik balik nak makan, pastu jadi gemok cam bola...elok la tu...haha

12)Pizza hut - nak makan lasange!

13) di baru update pagi ni - nak makan buah buahan tempatan.....nak makan durian!!! nak makan manggis, betik, rambutan, pisang emas (pisang kat sini ada 2 jenis je, satu pisang tanduk untuk goreng, satu pisang montel untuk makan...tak best langsung), pulasan, langsat dan semua lah buah kat mesia tu....

14)to be continued - senarai ini akan diupdate dari masa ke semasa....:))

Paris - Eiffel Tower - Disneyland



Assalamualaikum....lama sungguh rasanya tidak mengupdate...harini cuti bank holiday, banyak gile bank holiday kat UK ni, bulan May saja ada dua, tak paham gak apa maksud bank holiday tu...adalah semua bank2 cuti pada hari2 tersebut? takpelah apape pun, asalkan cuti...haha....kongkononnya harini nak ler buat kerja melagha mengupdate, akan tetapi, tepat jam 5 pagi tadi saya menerima text sms yang berbunyi seperti berikut "nak mintak tlg, urgent ni...dah send ke email, jgn sambung tido, x elok anak dara tido lepas subuh" mak aih, kena sebijik....well, maya dan tidur sgt synonim…. tapinya dah cerah kul 5 pagi kat sini…dah nak abis subuh pun...kadang2 tu konfius gak, ni nak tido balik ke nak bgn?...tapi slalu tido je balik…rasa konfius dibiarkan saja masuk dalam mimpi….:))

Okeylah, saya dah upload sket gamba di paris, meh kita tgk seround scenery kat paris ni......



Hari pertama: Disneyland Paris!!

Itu dia...sudah kelihatan semua character-character animasi kegemaran....tgk gambar ni, terasa nak buat satu post pasal daun pokok kat UK ni....kat sini hijau daun pokok mmg la unik, hijau dia macam-macam, kalau kat mesia lebih kurang je kan hijaunya, yang beza daun pucuk ngan daun yang dah kertu, tapinya kat sini hijau pucuk tu adalah warna keseluruhan daun pokok tu...suke sgt tgk warna hijau pokok kat sini..ada hijau air, hijau lumut, hijau pokok mesia, hijau campur putih, hijau pucuk pisang...nantilah, di suatu hari yang indah saya buat satu post khas untuk pokok ni...seswai sgt diwaktu summer nanti...

Disneyland ni ada 2 parks, 1) disneyland studio - ni tempat penggambaran cerita2, character-character cartoon 2)disneyland park - games macam kat genting theme park tapi mmg superb lagi best, ada games dari yang sgt mild sampai yang sgt horror...PERHATIAN! sapa2 yang nak gi disneyland and nak enjoy puas2, jgn la gi sehari je...tak cukupp! kalau bebetul nak main semua games, ada pakej 3 days in Disneyland and boleh duduk kat hotel dalam disneyland ni lagi, booking tiket online ye....kalau dapat harga promo...rasa boleh dapat murah....dan jgn gi masa cuti skolah budak2 kat sini....satgi lagi lama beratur nak main daripada naik ride tu..(seperti yang terjadi pada diriku)

di depan Disneyland Studio..

Pinochio...chumels!

Mari belajar cara-cara melukis mickey mouse..

Suke suke dapt tangkap gambar ngan Sulley...Hey si hijay, ape tgk2?

Agent pembersih yang sgt efficient...tiba2 teringat cita monster Inc yang baru je kitaorg tgk dalam bas sebelum sampai ke disneyland....

Frust tak dapat naik crush coaster finding nemo ni...kena beratur sejam lebih tu...hamik gamba je la..

Okey, sila control ayu bersama si macho Buzzlight year..

Semua org suruh naik menda alah ni...ingatkan rumah hantu....sgt prepare diri untuk tutup mata supaya tak takut sgt.....tapinyaaaaa...

Setelah pintu elevator itu ditutup....jeng jeng jeng...

Itulah hasilnya, tidak berenti diriku menjerit masa dalam elevator tu, rupa2nya benda alah tu macam solero yang yang turun naik tiba2 kat genting tu...kus semangat, fenin jap kepala keluar dari lif tu, esoknya suara ku turut hilang ditelan tower of terror...

Okey, tamat journey di disneyland studio...kalau boleh nak dtg lagi sebab banyaknya nak tgk lagi...ada org buat real stunt dalam tu....film maker pun dapat tgk ammageddon je...sedih2....takpe, taun depan jom kita pi lagi...

Welcome to disneyland park!!

Suke! Exited!

At the entrance

Aladdin!. teringat zaman2 skolah yang buat teater aladin tu...cik azreen jadi burung bising tu, ape kenamanya..tak ingat dah...

Its a small world after all, its the small world afterall, its the small world after all, its a small small world...tempat wajib untuk dikunjungi di disneyland ni....chomeeellll sgt kat dalam tu....

~Small World~








Ah, frust betul terlepas parade cik mickey ni, diorang dah nak balik dah pun....

Snowball - usyar-usyar gak nak beli, mak ngaih harga, boleh beli sebijik jam tangan tu....hahaha..

Ni namanya kemaruk nak tangkap gambar ngan mickey tapi tak dapat, pinjam la jap cekak si fatihah ni, jadi lah kan...

Hari kedua di Paris - First, melawat ke tempat buat perfume, Fragonard...actually kat sinilah tempat hampir kesemua perfume2 di dunia dibuat, company-company seperti CK, Lancome, Dior akan amik perfume dari sini and jual atas nama brand masing-masing...kira one of the specialty kat paris ni perfume la.....so, mai sini jgn lupa beli perfume gak...

Oh Eiffel Tower..jom pi dekat2 skett..

Kenapa saya tidak naik Eiffel Tower itu?


tgk la org ramai tak hengat beratur....tidak la dapat saya nak bersesak2 kat situ jugak...tgk dari bawah je la..

E'eh, tgk la jumpa sapa kat situ, Madhiah ngan Hilman!!(anak2 kak Fatma)

Eiffel di waktu malam

Lampu-lampunya sudah dipasang...cantikkkk!!

Rombongan Cik Kiah Jalan Jalan Eropah...

Tourist Attraction #1

Tourist Attraction #2

Tourist Attraction #3 - Roundabout yang ada 12 exit!

Inilah the company owner (Kelana Konvoi Ltd) - En Khairul -study di UK disuatu ketika dahulu, tapi sebab suka sgt buat business kelana konvoi ni, trus stay UK sampai sekarang...wajah tidak melambangkan umur... baru 34 tapi sudah berkawin ye, dah da 2 anak pun...

Budak2 crew kelana konvoi...bagus budak2 ni...rajin giler kerja.....undergrad dari manchester, dah final year tapi tamau gak balik2 lagi ;p