My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Tuesday, May 5, 2009

Craving for Malaysian Food!!

23 days to go.....I MISS MALAYSIA SOOO MUCH....sgt rindu pada bonda, ayahanda, nenek and adik2, sgt rindu nak bawak PFG 4177, rindu rasa panas malaysia, sgt exited nk jumpa kawan2 kesayangan, tak sabar nak shopping!!, satu lagi....rindu pada semua makanan kat mesia....dibawah ini adalah list makanan yang nak dimakan sebaik sahaja tiba di Malaysia nanti....KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN, SILA AMBIL PERHATIAN YE...(ditujukan terutama sekali buat anda yang telah mengejutkan saya pukul 5 pagi semalam)

1)Mc Donald - konon2 nak boikot ler, tapi sampai je UK ni asik telan air liur je tgk org makan Big Mac, DoubleCheese, Mc Chicken...macam megidam plak rasa...hahaha....turun je dari flight nanti trus nak gi beli mcD kat airport tu....yummy!

2) Masakan bonda! - sempat ke mummy i nak masak kat i ni, cam tak je,mesti bz tak hingat minggu tu....

3)New Horizon, Kuantan - saya mau makan udang nestum ngan ayam goreng magga....sedap sedap (teringat kat mek da,promoter tak rasmi new horizon.....I miss u mek!)

4)Garden Seafood Tg Malim - nak makan semua makanan kat situ, aci tak?

5)Sushi King - nak makan sushi! try buat kat sini tapi tidaklah sesedap kat sushi king tu, semestinya la kan....kalau tak, bankrup la sushi king tu....tiba tiba teringat pada meal yang dibelanja oleh ajih di suatu ketika dahulu....jom kak dayah, apa lagi...hang kan dah hebat makan sushi skang....hik2

6)Johnny's Restaurant - nak steamboat, nak desert best, nak makan mee hijau.. start dah telan-telan air liur ni...

7)Ikan bakar belakang Istana Negara - sedapnya...kak dayah, hang ingat tak tempat tu? nanti kita hangkut cik meen skali...dia kan regular customer....:))

8)bubur Asyura - tak dapat2 makan sejak sebelum gi haritu, balik ni wajib makan...

9)Mee rebus Hj Wahid kat Pelangi, JB - lama sungguh tak makan mee rebus ni...

10) Asam pedas dengan sayur jeruk, sedapnyaaaa....takde umphh plak asam pedas bila takda sayur jeruk tu...

11)Ayamas! - nak makan ayam percik....kenapa semua makanan kat malaysia sedap2? konfius btul....cuba la biasa2 je, takde la org2 kat obersea ni asik balik nak makan, pastu jadi gemok cam bola...elok la tu...haha

12)Pizza hut - nak makan lasange!

13) di baru update pagi ni - nak makan buah buahan tempatan.....nak makan durian!!! nak makan manggis, betik, rambutan, pisang emas (pisang kat sini ada 2 jenis je, satu pisang tanduk untuk goreng, satu pisang montel untuk makan...tak best langsung), pulasan, langsat dan semua lah buah kat mesia tu....

14)to be continued - senarai ini akan diupdate dari masa ke semasa....:))

No comments: