My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Tuesday, May 5, 2009

Paris - Eiffel Tower - Disneyland



Assalamualaikum....lama sungguh rasanya tidak mengupdate...harini cuti bank holiday, banyak gile bank holiday kat UK ni, bulan May saja ada dua, tak paham gak apa maksud bank holiday tu...adalah semua bank2 cuti pada hari2 tersebut? takpelah apape pun, asalkan cuti...haha....kongkononnya harini nak ler buat kerja melagha mengupdate, akan tetapi, tepat jam 5 pagi tadi saya menerima text sms yang berbunyi seperti berikut "nak mintak tlg, urgent ni...dah send ke email, jgn sambung tido, x elok anak dara tido lepas subuh" mak aih, kena sebijik....well, maya dan tidur sgt synonim…. tapinya dah cerah kul 5 pagi kat sini…dah nak abis subuh pun...kadang2 tu konfius gak, ni nak tido balik ke nak bgn?...tapi slalu tido je balik…rasa konfius dibiarkan saja masuk dalam mimpi….:))

Okeylah, saya dah upload sket gamba di paris, meh kita tgk seround scenery kat paris ni......



Hari pertama: Disneyland Paris!!

Itu dia...sudah kelihatan semua character-character animasi kegemaran....tgk gambar ni, terasa nak buat satu post pasal daun pokok kat UK ni....kat sini hijau daun pokok mmg la unik, hijau dia macam-macam, kalau kat mesia lebih kurang je kan hijaunya, yang beza daun pucuk ngan daun yang dah kertu, tapinya kat sini hijau pucuk tu adalah warna keseluruhan daun pokok tu...suke sgt tgk warna hijau pokok kat sini..ada hijau air, hijau lumut, hijau pokok mesia, hijau campur putih, hijau pucuk pisang...nantilah, di suatu hari yang indah saya buat satu post khas untuk pokok ni...seswai sgt diwaktu summer nanti...

Disneyland ni ada 2 parks, 1) disneyland studio - ni tempat penggambaran cerita2, character-character cartoon 2)disneyland park - games macam kat genting theme park tapi mmg superb lagi best, ada games dari yang sgt mild sampai yang sgt horror...PERHATIAN! sapa2 yang nak gi disneyland and nak enjoy puas2, jgn la gi sehari je...tak cukupp! kalau bebetul nak main semua games, ada pakej 3 days in Disneyland and boleh duduk kat hotel dalam disneyland ni lagi, booking tiket online ye....kalau dapat harga promo...rasa boleh dapat murah....dan jgn gi masa cuti skolah budak2 kat sini....satgi lagi lama beratur nak main daripada naik ride tu..(seperti yang terjadi pada diriku)

di depan Disneyland Studio..

Pinochio...chumels!

Mari belajar cara-cara melukis mickey mouse..

Suke suke dapt tangkap gambar ngan Sulley...Hey si hijay, ape tgk2?

Agent pembersih yang sgt efficient...tiba2 teringat cita monster Inc yang baru je kitaorg tgk dalam bas sebelum sampai ke disneyland....

Frust tak dapat naik crush coaster finding nemo ni...kena beratur sejam lebih tu...hamik gamba je la..

Okey, sila control ayu bersama si macho Buzzlight year..

Semua org suruh naik menda alah ni...ingatkan rumah hantu....sgt prepare diri untuk tutup mata supaya tak takut sgt.....tapinyaaaaa...

Setelah pintu elevator itu ditutup....jeng jeng jeng...

Itulah hasilnya, tidak berenti diriku menjerit masa dalam elevator tu, rupa2nya benda alah tu macam solero yang yang turun naik tiba2 kat genting tu...kus semangat, fenin jap kepala keluar dari lif tu, esoknya suara ku turut hilang ditelan tower of terror...

Okey, tamat journey di disneyland studio...kalau boleh nak dtg lagi sebab banyaknya nak tgk lagi...ada org buat real stunt dalam tu....film maker pun dapat tgk ammageddon je...sedih2....takpe, taun depan jom kita pi lagi...

Welcome to disneyland park!!

Suke! Exited!

At the entrance

Aladdin!. teringat zaman2 skolah yang buat teater aladin tu...cik azreen jadi burung bising tu, ape kenamanya..tak ingat dah...

Its a small world after all, its the small world afterall, its the small world after all, its a small small world...tempat wajib untuk dikunjungi di disneyland ni....chomeeellll sgt kat dalam tu....

~Small World~








Ah, frust betul terlepas parade cik mickey ni, diorang dah nak balik dah pun....

Snowball - usyar-usyar gak nak beli, mak ngaih harga, boleh beli sebijik jam tangan tu....hahaha..

Ni namanya kemaruk nak tangkap gambar ngan mickey tapi tak dapat, pinjam la jap cekak si fatihah ni, jadi lah kan...

Hari kedua di Paris - First, melawat ke tempat buat perfume, Fragonard...actually kat sinilah tempat hampir kesemua perfume2 di dunia dibuat, company-company seperti CK, Lancome, Dior akan amik perfume dari sini and jual atas nama brand masing-masing...kira one of the specialty kat paris ni perfume la.....so, mai sini jgn lupa beli perfume gak...

Oh Eiffel Tower..jom pi dekat2 skett..

Kenapa saya tidak naik Eiffel Tower itu?


tgk la org ramai tak hengat beratur....tidak la dapat saya nak bersesak2 kat situ jugak...tgk dari bawah je la..

E'eh, tgk la jumpa sapa kat situ, Madhiah ngan Hilman!!(anak2 kak Fatma)

Eiffel di waktu malam

Lampu-lampunya sudah dipasang...cantikkkk!!

Rombongan Cik Kiah Jalan Jalan Eropah...

Tourist Attraction #1

Tourist Attraction #2

Tourist Attraction #3 - Roundabout yang ada 12 exit!

Inilah the company owner (Kelana Konvoi Ltd) - En Khairul -study di UK disuatu ketika dahulu, tapi sebab suka sgt buat business kelana konvoi ni, trus stay UK sampai sekarang...wajah tidak melambangkan umur... baru 34 tapi sudah berkawin ye, dah da 2 anak pun...

Budak2 crew kelana konvoi...bagus budak2 ni...rajin giler kerja.....undergrad dari manchester, dah final year tapi tamau gak balik2 lagi ;p

No comments: