My photo
“…..Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal…”-Al-Anfal:2-

Thursday, May 21, 2009

Aktiviti di hujung minggu dan hari2 berikutnya...

Yeay...wiken ni wiken last before balik...mmg tak sabar nak menjejakkan kaki ke Tanah Melayu...Minggu ni aktiviti sungguh padat, best2...sgt suka!!

Jumaat - bercadang nak gi Lester jumpa ngan Hana and the Geng, tapi masih berkira-kira sebab kelija sgt banyak maaaa

Sabtu pagi - gi pasar di Lester beli buah-buah best!! I kan ratu buah buahan....:))

Sabtu Tengahari - BBQ di rumah Kak Farie sempena kepulangan Dr Syazli & Dr Ida

Sabtu Malam - Men netball untuk MML games, kali ni mesti menang satu...haritu volley dah le dua2 game kalah, hampeh sungguh diriku...haha

Ahad Pagi - gi carboot Notthingham - carboot adalah tempat untuk org2 yang suka shopping tapi duit tak brapa nak banyak...best ooo shopping kat carboot sebabnya dapat barang2 best tapi murah...org2 UK ni cepat bosan agaknya...kadang2 kat carboot tu jual yang unused lagi...satu lagi diorang ni jaga barang sgt bagus, kotak masa mula2 beli tak buang okey...siap jual balik ada kotak tu....

Ahad tengahari & malam - tlg entertain kawan Ed dari manchester, ada dua family yang nak datang rumah ktorg, so rasanya kena kot masak2, mungkin juga berbbq skali lagi...huk2..besa la, summer dah menjelma kan...bbq je kejanya..

Isnin - hari isnin ni bank holiday....so, apa lagi..mari pegi carboot lagi!! gi kat Meesham plak...best carboot ni...dah banyak hasil tangkapan carboot yang dikumpul ;p (Shopoholic is still a shopoholic even fulus tak banyak..heheh)

Selasa & Rabu - buat lab dengan bersungguh2 sampai siap semua analysis

Khamis (jam 2 pagi) - bertolak ke east midland airport, perlu menaiki bas pukul 4 pagi untuk pergi ke Heathrow Airport

Khamis (730 pgi) - sampai di airport- perlu tunggu di airport sampai kul 1140pgi untuk check in (bosan2, nak amik bas lambat sket takut plak ada emergency tiba2, satgi suspen je rasa)

Khamis (240 ptg) - naik plane Etihad Airways ke Abu Dhabi

Jumaat (1200pg) - transit di Abu Dhabi selama 2 jam

Jumaat (200pg) - menyambung kembali perjalanan ke Malaysia (yeay!)

Jumaat (240 ptg) - dijangka sampai di KLIA...Ibu, sila jgn datang awal, saya perlu melaksanakan aktiviti bershopping di airport terlebih dahulu...hahaha....(lebih dari 24 jam perjalanan...huh...terseksa jiwa raga neh)

Jumaat malam - InsyaAllah sudah berada di rumahku yang indah itu dan perlu mengambil alih tugas2 yang selama ni org lain tlg buatkan..heheh

No comments: